Thursday, January 22, 2015

Habit suka letak gambar selfie dekat setiap entry blog


Lagi-lagi cerita pasal selfie. Aku rasa itulah satu tabiat aku yang susah nak buang, iaitu SELFIE.. Oleh sebab aku suka ber-blogging, aku suka letak gambar selfie aku kalau boleh disetiap entry dan kalau dah tak tahu nak letak gambar apa pada blog.


Rasa macam kebudak-budakkan tapi aku tak terasa butthurt pun. Sebab itu memang hakikat yang aku suka mengambil gambar dan suka post gambar. Kadang-kadang letak gambar selfie tak bertempat dengan cerita entry yang tak ada kaitan langsung dengan gambar.

Sebenarnya lama dah aku cuba nak mengelak buat macam tu tapi tak dapat sebab hati ni suka-suki sangat. Entahlah, IG, Facebook semua ada tapi tak suka post banyak-banyak sekaligus. Aku suka post gambar sikit-sikit dekat banyak-banyak tempat tapi tak suka post gambar yang sama berulang-ulang.


No comments: