Sunday, January 11, 2015

Kepandaian dan pengetahuan berbahasa


Ramai yang meletakkan mind set sendiri bahawa orang yang mampu menguasai bahasa Inggeris ni biasanya pandai dari segi pelajaran. Ada kemungkinan betul sebab kebanyakkan ilmu-ilmu macam sains, matematik dan sebagainya, kita mudah dapat sumbernya dalam bahasa Inggeris dan ia merupakan sesuatu keistimewaan bagi orang yang ada pemahaman high level dalam bahasa Inggeris.

Tapi, adakah benar orang yang matang, bijak dan professional itu semua pandai berbahasa Inggeris? Bahasa Inggeris memang penting tapi bila aku perhatikan, semua orang kelihatan memuja-muja seperti memuja Tuhan pada orang yang pandai berbahasa Inggeris ni. Mereka beranggapan orang yang pandai bercakap Inggeris ni pandai segala benda termasuk ilmu agama, ilmu sains, ilmu itu dan ini.


Aku pernah kenal seseorang yang sangat pandai berbahasa Inggeris tapi dalam subject lain dia sangat lemah. Bagi aku, kepandaian seseorang dalam berbahasa adalah talent dan keistimewaan otak dia dalam mentafsir bahasa. Sebab, setiap daripada kita mempunyai tahap-tahap kemampuan otak kita tersendiri dalam mempelajari sesuatu benda. Disebabkan itu juga, maka ada diantara kita yang tak belajar pun pandai, yang belajar macam nak mampus tak pandai-pandai. Ada yang terpaksa berusaha untuk jadi pandai, ada yang perlu usaha kurang untuk jadi pandai. Itu bergantung juga dengan teknik pembelajaran yang sekadar bantuan sampingan.

Pelikkan, kenapa di sekolah, cikgu-cikgu semua cakap nak dapat A atau jadi pandai kena rajin dan bijak belajar seolah-olah ia bukan talent? Kepandaian bukan talent 100%, sebab tu kita memang kena berusaha kalau nak pandai tapi.. Orang yang genius itu satu keistimewaan yang orang lain tak ada, dan begitu juga orang yang mempunyai otak yang lembap belajar. Kalau semua orang sama, kenapa spesis mereka wujud?? Otak kita sebenarnya semua berbeza-beza cuma dikalangan kita sebagai orang biasa, jarak perbezaan antara kita tak jauh pun.

Kadang-kadang, ada orang bahasa tunggang-langgang tapi berfikiran jauh dan matang. Ada orang pandai semua benda tapi moral kurang. See, tak ada orang yang bagus dalam semua benda. Kalau bab dalam berbahasa Inggeris, ada orang belajar sekejap boleh pandai cakap Inggeris. Kalau macam kita kena bertahun belajar dan itulah bezanya. Jangan jadi orang yang mudah prejudis macam kita dah cukup sempurna sebab kita tak tahu apa jenis kesusahan yang orang lain sedang alami. Lebih baik jangan ukur kepandaian, ukurlah usaha dan kesusahan seseorang yang mendorong dia supaya berjaya..



No comments: