Thursday, January 22, 2015

Lebih bagus idolakan diri sendiri daripada meng-idolakan orang lain


Sejak kecil kita diajar di sekolah untuk memiliki idola sendiri. Idola merupakan seseorang yang boleh menjadi teladan dan contoh yang berjaya untuk rujukan kita di masa hadapan dan juga memberi semangat dalam hidup kita. Masa tu aku ingat ramai kawan-kawan aku yang ber-idolakan mak atau ayah mereka atau tokoh-tokoh yang terkenal dan masing-masing sangat bangga dengan idola mereka.

Aku pun apa kurangnya sampailah suatu ketika aku pernah dikecewakan oleh idola aku sendiri. Masa tu juga, aku sedar orang yang aku idolakan adalah manusia juga sama macam kita, tapi kenapa perlu idola sebagai pendorong untuk berjaya sedangkan banyak lagi benda lain yang masih mampu menolak kita untuk kehadapan. Kalau betul perlu idola, kenapa tidak ambil diri sendiri sebagai idola. Bukan nak angkat bakul, tapi siapa lagi nak sayangkan diri sendiri kalau bukan diri sendiri.

Antara sebab kenapa kita tidak patut ambil orang lain sebagai idola kecuali melibatkan hal keagamaan:

1. Mereka manusia biasa, buat banyak kesilapan macam kita.

2. Kita tak tahu sikap dan perangai mereka yang sebenar meskipun mereka ibu dan bapa kita.

3. Kita tak tahu pun sama ada mereka care pasal kita.

4. Kemungkinan besar mereka tak kenal pun kita.

5. Kita cuma memberi harapan kosong dengan diri sendiri.

6. Kita masih boleh berjaya tanpa mereka.

7. Pendorong sebenar untuk kita berjaya adalah kesusahan kita sendiri.

8. Jalan cerita kita tidak akan sama dengan jalan cerita mereka.

9. Kita tak boleh dan tak mungkin dapat copy mereka.

10. Kita tak akan jadi diri sendiri.

11. Kita jadikan mereka perasan bagus. (ayat tak boleh blah).

12. Tujuan kita sebenarnya nak jadi popular macam idola kita juga. (Budak remaja punya misi).


Kita boleh meminati seseorang tapi kalau mengidolakan sampai nak gantung semua gambar dia dekat dinding itu dah jadi pelampau. Sebagai contoh orang yang suka dan idolakan sangat dengan artis-artis hiburan sebab populariti. Semua istilah idola-idola itu kebanyakkan berasal dari sekolah terutama sekali bila kita diminta untuk memperkenalkan diri. Sekolah, tempat bermulanya banyak perkara baru..


p/s Habit suka letak gambar selfie dalam setiap entry

No comments: