Wednesday, January 28, 2015

Masalah pelajar Degree di universiti terutamanya melibatkan pelajaran


Tajuk di atas macam skema jer kan? Tapi sebenarnya memang berkait rapat dengan aku pun. Semenjak bergelar pelajar, memang itulah dugaannya, study, result dan duit. Hari ni pula UNIMAS dah keluarkan result untuk semester lepas nasib baik aku pass semuanya, syukur. Bak kata senior aku dulu.. Sepandai mana pun masa diploma, bila dah continue study untuk degree, benda dalam otak kena aim dulu adalah mesti pass subject, dapat A atau tak itu belakang kira.



Ada satu subject ni, nasiblah aku lulus dengan baik sebab semester yang lepas, aku ada problem dengan assignment tu. Sebab itu time bulan Disember tu aku meraung-raung kesedihan . Assignment tu tak susah mana pun cuma bila kerja yang melibatkan group dan apatah lagi dengan groupmate yang tak kenal. Itu belum ditambah dengan lecturer yang mungkin tak faham situasi kita.

Dari situ aku dah jerak serta bertaubat kalau buat kerja berkumpulan. Memang tak pernah-pernah aku kena situasi yang seburuk macam ni sampaikan lecturer tu ada post dekat Facebook dia pasal masalah student sekarang (Aku dapat tahu dari kawan-kawan aku).. Punyalah frust sebab aku rasa, dia maksudkan salah seorang student tu adalah aku walaupun dia tak mention siapa. Student lain mungkin tak akan perasan pun kesusahan student macam aku, yang memang dari first year aku ambil degree, aku terpaksa struggle seorang-seorang sebab batch aku sangat special disebabkan student intake aku ni tak ramai.


Ini salah satu contoh komen orang yang judgmental yang tak tahu cerita sebenar.. Tak tahu nak kata apa, cuma minta-minta mereka akan merasai yang mereka hina..

Then, ada student intake biasa-biasa ni buat shit dengan kita walaupun tak semua tapi kalau yang baik, baik sangat. Certain student tak faham kesusahan student dari intake lain. Dekat UNIMAS dah boleh dapat perhatikan student yang judgmental, maksud aku bila join intake diorang, diorang akan anggap aku repeaters sedangkan aku tidak, then sometimes diorang sangat judgmental dengan repeaters yang lain. Then bila ada student yang pandai, diorang kebanyakkannya sombong sebab jadi pujaan lecturers. Itu belum lagi student yang rasa diri dia popular dalam kelas, rasa nak muntah jer lebih-lebih lagi yang jadi tukang kipas punggung lecturer.

Tapi, itulah banyak-banyak yang buruk, nasib baik adalah yang elok perangai. Dekat University, kalau boleh elakkan judge orang melalui cara pemakaian diorang sebab kesannya amat menyedihkan. Nampak jer macam perangai elok, pandai dan sebagainya tapi bila cuba call atau text pasal kerja assignment berkumpulan, tak juga reti nak reply kan sedang handphone besar-besar mustahil tak ada internet. Then, bila ada apa-apa kerja, bincang dengan sesama kawan then kadang-kadang kita yang jadi orang last yang tahu pasal kerja tu. Malahan ada yang tak tahu langsung sampai kerja dah siap dan hantar dan bagitahu dekat lecturer, orang ni dan itu tak buat kerja. Then, startlah masalah berlaku..

Sebab tu, aku sangat suka bila ada lecturer yang bagi kerja berkumpulan tapi dia dah siap setkan nama kumpulan sekali. Ada certain lecturer ni juga berfikir benda tu pun student boleh buat sendiri sebab independent kan tapi fikirlah student lain yang terpaksa struggle cari kumpulan yang mana ada student belum matang ni nak sangat grouping sibuk memilih bestfriend diorang jer join group. Apa kes?

Masalah kita sekarang, kita memang matang tapi kita boleh jadi tak matang bila jumpa dengan orang yang tak matang. kadang-kadang student dari intake lain rasa tersepit ditengah-tengah sampaikan masalah berlaku, bila diajukan kepada lecturer, kita pula dipersalahkan.. "last minute lah, 1001 alasan lah, itu lah ini lah.." sedangkan yang jadikan kita macam tu adalah orang seperti mereka. Student mana yang mahukan masalah? Student mana yang dapat expect benda ni berlaku? Student mana yang nak fail?

Bagi aku, cukuplah.. Harap-harap semester depan adalah paling last dan aku harap dapat habis dengan berjayanya. Aku memang belajar dari kesilapan aku dan orang lain supaya suatu hari nanti kalau ada orang yang bermasalah, aku tak cepat judge macam orang lain. Sekian.

p/s Seteruk mana lecturer tak pedulikan masalah kita, respect kena ada walau perit manapun. Sedih memang sedih, tapi itulah hakikat. Hidup student, tak mungkin akan jumpa malaikat, paling-paling manusia, binatang dan syaitan.

1 comment:

Anonymous said...

Sabar... 😊