Monday, February 9, 2015

Aku bukan pilihan baik untuk mana-mana lelaki


Dari dulu ramai yang sangka aku ni jenis liar dan suka tarik perhatian lelaki. Tapi sebenarnya aku lah antara perempuan yang banyak lelaki tak suka dan banyak lelaki gila seks suka. Well, itulah kenyataan pahit yang sebenar-benarnya. Hanya segelintir lelaki yang tahu diri aku sebenar akan benar-benar okay dengan aku. Segala-gala yang aku lakukan memang tak ada kaitan pun nak kan perhatian dari lelaki seperti mana yang mereka fikirkan dan tak ada sebab yang baik kenapa mereka perlu cari perempuan seperti aku untuk dijadikan pasangan hidup mereka.

Apa yang aku mahu adalah aku nak jadi diri aku yang ada hidup sendiri, lengkap dan boleh berdidikari. Memang pada lumrahnya aku suka tengok manusia cantik dan handsome tapi itu tak lah bermakna aku jenis yang terhegeh-hegeh. Bak kata aku sendiri, aku kan ego kalau bab macam ni.

1. Seriously, aku tak minat seks dengan lelaki yang gila seks. Walaupun aku liar, aku bukan jenis yang boleh tolerate kalau dalam bab ajak-ajak seks dan aku paling tak suka lelaki yang minat perempuan sebab seks. Apatah lagi bila didalam laman web sosial, chatting dan sebagainya, kemudahan block orang memang aku manfaatkan betul-betul.

2. Walaupun aku bencikan lelaki gila seks, aku suka buat lawak seks serta dengar orang buat lawak seks khasnya bila aku berdampingan bersama kawan-kawan aku sahaja, dan bukannya orang asing. Aku juga tak suka perbualan seks yang bentuknya macam menghina orang lain.

3. Aku jenis yang suka ber-style bila berpakaian. Tak kira seksi atau tidak, cuma kenalah cun dengan tempat dan masa. Biasanya aku tak ambil pusing dengan komen orang lain tentang cara pemakaian aku tapi aku tak akan hina diorang selagi diorang masih mampu respect aku dengan minda yang educated.

Aku benci sarcastic tapi aku tak boleh control diri aku sendiri yang sarcastic, kadang-kadang

4. Aku bukan religious tapi aku hormat orang lain yang religious dan tak akan menghina cara permakaian or pengamalan agama mereka selagi mereka tak ada buat hal dengan aku.

5. Aku suka lelaki berkomitmen dan tak suka jadi perempuan yang jadi tempat persinggahan dalam hidup mereka. Senang jer nak tengok ciri-ciri lelaki pakai perempuan macam pakai pad/modes.

6. Aku jenis yang kadang-kadang berdendam. Kalau buat baik, aku layan baik-baik. Kalau buat layanan macam shit, aku boleh buat double-double.

7. Aku jenis yang cepat cemburu bila aku sayang (bila aku sayanglah) dan aku jenis yang suka mengongkong. Alamat rumah orang tu mesti kena tahu, keluarga aku pun mesti tahu siapa orang tu. Sesungguhnya aku paling tak suka main sembunyi-sembunyi apatah lagi dari famili.

8. Aku tak suka dibuli. Kalau orang tu buat hal, aku biasanya akan melawan dan aku berani walaupun di depan orang ramai.

9. Aku ganas dan kasar. Indeed! Aku boleh juga menjadi lemah lembut dan penyayang tapi sikap kasar semula jadi dari kecil payah nak dibuang.

10. Aku tak peduli pun dengan harta benda or ke-handsome-an or kerjaya lelaki tu, tapi aku paling tak suka lelaki yang ambil kesempatan hanya kerana aku boleh berdidikari.

11. Aku tak buat perkara untuk ambil hati semua orang supaya orang sukakan aku. Aku bukan kaki bodek, dan aku tak suka buat baik dengan niat lain selain dari kehendak sendiri.

12. Ada mak orang ni pernah bagitahu anak-anak dia yang semuanya terdiri daripada perempuan supaya berdiri di atas kaki sendiri, ada duit, kerja, transport dan rumah tanpa harapkan lelaki disamping mereka. Well, aku sokong sebab aku bukan jenis yang desperate. Berkahwin bila naluri kecil memanggil, dan bukannya sebab takut tua keseorangan dan terdesak.

13. Aku pun choosy macam orang lain.


No comments: