Thursday, February 5, 2015

Malu dengan entry blog yang dulu kala


Yang ni aku tak cerita pasal siapa-siapa. Aku cerita pasal diri aku jer. Pasal selama mana aku sudah ber-blogging dari tahun-tahun yang lepas sehinggalah sekarang (agaknya sudah 6 tahun). Banyak benda yang aku belajar dari blog terutama sekali memperbaiki cara penulisan aku.

Tak tahu kenapa suka gambar mulut muncung~

Dulu entry aku banyak benda yang aku rasa macam kebudak-budakkan berbanding sekarang.  Tapi, aku bukan jenis yang malu dengan diri sendiri sebab tu aku tak hidekan entry yang lepas-lepas. Memang langsung tak pernah delete walau satu entry pun. Dari situ, aku banyak belajar jadi seseorang yang lebih matang.

Biarlah suatu hari nanti orang nak kata apa dekat entry blog aku, or nampak kelemahan dan cara berfikir yang mungkin agak childish. Itulah paling bagus kalau nak perbaiki diri. Tak semua orang mahu aibnya didedahkan sebab kita takut kita tak mampu jadi sempurna.



No comments: