Monday, February 16, 2015

Matang Family Park II (Air sungai Kubah Matang)


Sepanjang cuti ni aku rasa stress sebab asyik terperap di rumah saja. Maklumlah, sementara cuti ni kan dan tak lama lagi akan bermulalah kehidupan di semester baru. Kalau dah cuti pun tertekan, belum lagi masa belajar ni nanti.

Seriously suka tengok air yang melimpah ruah


Time lepas hujan biasanya air jadi semakin jernih

Then, tiba-tiba aku teringatkan air sungai Kubah, dulu-dulu time cuaca panas pergi memang tak best sebab air tak banyak, macam kering jer sungai. Lepas tu baru aku tahu, kalau nak pergi Kubah, waktu paling best adalah selepas hujan, bayangkan air melimpah ruah memang seronok sangat-sangat.

Air sungai area ni biasanya cetek bila cuaca panas


Aku suka pergi Kubah kalau time penat-penat atau rasa nak tenangkan jiwa dari stress, walaupun kesan ketenangan cuma sementara tapi at least aku dapat rasa tekanan tu kurang. 


Sebab lepas hujan, air jadi dalam dan boleh berenang

Kebetulan pula semalam aku baru jer pergi ke Kubah Matang. Perjalanan dari rumah sewa (Matang Jaya) cuma mengambil masa 20 minit macam tu and paling best, waktu tu selepas hujan. 

Lepas mandi, terus pergi All Joy Seberkas dengan rambut yang masih basah


No comments: