Tuesday, February 3, 2015

Menjadi seorang yang lain dari yang lain (freaky and weirdo)


Dari kecil, aku selalu rasa diri aku ni pelik dan tak macam orang normal yang lain. Bukan terhadap diri aku saja, aku pernah juga merasakan famili aku adalah famili yang pelik, contohnya ayah aku dulu-dulu selalu kunci maindoor rumah sebab tak nak kami adik beradik keluar even bermain di halaman rumah. Mak aku pula jenis yang terlalu beremosi bila berfikir sampai benda yang seriously kecil boleh jadi besar dan akhirnya boleh pergi ke "parang". Mak aku memang gangster sikit, oleh sebab dia ni mempunyai hati yang tersangatlah sensitif dan mudah berburuk sangka.


Berbalik pada aku pula, aku memang terkenal dengan perangai yang pelik masa zaman sekolah dulu. Aku tak sedar pun dulu sampailah kawan-kawan aku sendiri bagitahu kadang-kadang aku ada habit yang pelik. Sebagai contoh, cara aku berfikir. Bila aku meluahkan sesuatu pendapat kadang-kadang boleh buat kawan aku tersentap sebab pendapat aku bagi sometimes sangat pelik sehinggakan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah itupun kedengaran pelik, kadang-kadang seperti kebudak-budakkan (itu yang aku rasa masa tu). Aku dulu bukan jenis yang berkawan dengan lelaki sampailah aku habis diploma. Aku sebenarnya ada perasaan phobia dengan lelaki sedikit atas sebab-sebab tertentu. Aku juga jenis yang outdoor person sampaikan aku pernah travelling seorang-seorang pergi ke tempat yang aku tak pernah pergi, tapi biasanya keadaan dan kesempitan hidup amat menyukarkan aku untuk keluar kemana-mana.

Aku juga bukanlah jenis yang pandai berkomunikasi disebabkan aku agak memilih kawan dan aku bukanlah jenis yang suka tegur kawan bila diluar kecualilah kawan rapat yang sama kepala. Ramai orang berpendapat aku ni jenis yang sombong sebelum mereka kenal aku dulu. Aku tidak menafikan sebab mungkin aku jenis yang jarang senyum dan bukan jenis yang pandang-pandang orang. Tapi, antara sebab aku tak ramai kawan adalah aku tak berapa nak berkawan sangat dengan orang yang tak sama kepala terutama sekali bila golongan mereka hanya pentingkan diri sendiri, dan apatah lagi aku jenis yang ego.

Once aku berkawan rapat dengan seseorang, aku boleh sayang diorang kaw-kaw sebab aku jenis yang gentle terutama sekali dengan kawan perempuan. Mungkin sebab perangai aku agak kelakian sikit, aku selalu rasa aku jadi "lelaki" di dalam kalangan kawan perempuan aku (sometimes jer berlaku - bergantung dengan siapa dan keadaan masa tu). Aku juga jenis yang pendiam di dunia realiti dan active bila di laman sosial.

Part paling lawak, aku sentiasa rasa diri aku cool tapi selalunya tak menjadi dan selalu jadi bahan lawak dengan kawan-kawan aku. Kenyataan, aku memang suka buat lawak tapi lawak yang paling lawak bagi mereka terjadi bila aku tak sengaja buat lawak. Seronoknya pasal kawan aku ni, diorang jenis yang sporting dan terima aku walau sepelik mana perangai aku. Orang yang gagal memahami diri aku biasanya akan jadi hater dan musuh aku, dan aku pun tak pasti kenapa diorang nak sangat jatuhkan aku sedangkan aku rasa aku tak pernah kacau hidup diorang.


p/s Lagi satu, aku jenis yang mudah tertarik dengan perempuan cantik (bukan cantik biasa, tapi jenis yang sangat cantik), yang boleh buat jantung aku berdegup pantas.


No comments: