Wednesday, February 11, 2015

Orang yang sangat susah nak reply text


Aku ada salah satu daripada kategori yang sangat susah nak reply text orang kecuali dengan jika melibatkan hal-hal yang penting seperti pelajaran dan assignment atau hal-hal kawan dan keluarga. Berlainan dengan aku yang 6 tahun sebelum ni masa aku diploma. Aku dulunya adalah seorang kaki chatting yang boleh chat sampai pukul 3-4 pagi dengan orang yang tidak dikenali. Boleh dikatakan aku dulu banyak application chatting seperti Yahoo! Messenger, MSN, Skype dan Facebook Messenger (di laptop).


Sampai satu saat aku tak ada keinginan lagi untuk berchatting disebabkan kawan di alam maya ni cuma sekadar sementara sahaja. Cukup 2-3 bulan hilang dan terus menghilang and then berjumpa dengan orang baru dan ceritakan perkara yang sama berulang dan terus berulang dengan orang yang berbeza.

Bila aku tak reply text, ramai pula yang cakap aku sombong tapi sebenarnya banyak sebab kenapa orang susah sangat nak reply text antaranya,

1. Text yang dihantar kelihatan tak penting.
2. Text yang dihantar sentiasa sama dan tak menarik walaupun dari penghantar yang berbeza.
3. Selalu terjadi bila rasa diri "up" atau "popular" lalu menjadi sombong.
4. Mempunyai terlalu ramai friendlist sampai tak tahu nak reply chat mana satu.
5. Orang tu cuma nak reply text dengan orang yang mereka suka sahaja.
6. Ada sesetengah orang tidak mahu chat dengan orang yang tidak dikenali.
7. Takut ter-chatting dengan orang yang gila seks.
8. Orang tu memang jenis yang bukan kaki chatting aka pemalas nak reply text.
9. Orang yang suka menangguh nak reply text orang lain ibarat hari ni hantar, 2-3 hari kemudian baru reply.
10. Ada orang hanya suka berchatting dengan orang yang cantik dan handsome.

Manakala aku pula bagaimana?

Aku rasa mungkin aku dalam kategori 1, 2, 7, 8 dan 9. Maksudnya aku memang tersangatlah pemalas nak reply text. Kalau nak aku reply pun, mungkin kena melibatkan hal yang penting dan bukannya bertanya pasal rutin harian.


Kalau yang melibatkan video call tu aku memang tak akan angkat sebab takut orang show yang bukan-bukan kecuali dengan kawan-kawan yang aku pernah jumpa face to face. Kawan di alam maya memang juga teringin nak jumpa face to face cuma diri ni masih perlu berhati-hati lagi. Lagi bagus jumpa face to face, kenal-kenal dulu baru sibuk nak berchatting lagi okay dan selamat.

Aku minta maaf kepada siapa-siapa yang nak sangat chat dengan aku tapi aku ni jenis yang suka menangguh. Bukanlah nak sombong cuma entah jiwa ni tak minat sudah dengan berchatting lainlah kalau ada masa yang betul-betul terluang atau mood nak berchatting tu datang. Tapi kalau bab reply komen, aku memang akan reply sehabis yang boleh.


p/s Tapi yang pelik, orang yang memilih nak berchatting dengan orang yang mereka suka pula dok sibuk suruh semua orang add dia tapi bila tegur tak jawab. Habis, kenapa meriah jer suruh orang add?





No comments: