Tuesday, February 10, 2015

Perasaan marah itu normal


Manusia akan marah bila mereka dimarah. Masing-masing sibuk mengatakan diri mereka betul. Kadang-kadang mereka akan pura-pura berdoa, bersembahyang atau sengaja berdiri di belakang nama Tuhan untuk membuktikan kepada orang lain bahawa mereka naif serta sekaligus untuk melegakan hati mereka sendiri.

Sungguh memalukan bila kita sebenarnya bukan mempertahankan kebenaran tapi mempertahankan ego kita. Memang normal bila kita rasa ingin marah malahan normal bila kita berkata kotor untuk meluahkan rasa marah kita cuma kalau kita marah pada sesuatu yang kita tahu kita salah namun kita menafikan hanyalah membuatkan kelihatan kurang rasional.

Yes, itulah ugly truth. Kita tak mahu percaya benda betul yang pahit bagi kita. Tidak akan ada pengampunan yang ikhlas, yang ada cuma ego dan ego.

Bagaimana dengan aku?


Aku pun ego tapi aku bukan jenis yang melulu marahkan orang. Memang banyak perkara yang mencabar bagi aku, kadang-kadang rasa marah memang tak tertahan tapi kalau aku bersabar, aku boleh bersabar bertahun-tahun. Aku bukan jenis yang suka mencarut perkataan kotor tapi sometimes aku boleh terlepas bila kesabaran aku tercabar.

Aku pun boleh Melampau-lampau marah sebab kemarahan adalah sesuatu yang aku tak boleh kawal. Kadang-kadang ada orang tak faham keadaan aku pula sibuk judge aku sana-sini sedangkan dia tak tahu cerita sebenar dan kesusahan yang aku alami.

Mungkin ada masanya aku jenis yang cepat mengganas dan boleh mengamuk dan aku juga pandai menyesal atas tindakan aku sendiri. Setiap hari merupakan pengajaran bagi aku, dalam aku marahkan orang lain, aku tak pernah lupa untuk marahkan diri sendiri dan belajar dari kesilapan. Aku rindu nak bergaul dengan orang yang bertamadun akalnya serta bukan orang yang sombong dari menegur orang lain.

P/s Kalau marah dan mencarut di laman sosial komen dan status itu lain cerita. Pengecut yang tiada identiti. Entah berani entah tidak face to face.


No comments: