Friday, February 6, 2015

Terlalu serius juga ada keburukkannya


Ada sesetengah orang masih tidak tahu membezakan matang dengan tidak matang dari segi akal fikiran. Ada orang juga selalu kaitkan kematangan dengan cara pemikiran yang serius sedangkan "matang" dengan "serius" adalah dua perkara yang berbeza. Manusia yang hidupnya terlalu serius boleh dikategorikan sebagai sebagai manusia yang lonely atau kesunyian. Ini adalah sebab sikap yang terlalu serius boleh menjejaskan hubungan komunikasi dengan orang lain.

Orang yang betul-betul matang pandai menggunakan akal fikirannya dalam menguruskan kehidupan yang tidak semestinya perlu pandai dalam pelajaran untuk jadi matang. Orang yang matang tentu sahaja boleh bergurau dan tidak salah memiliki sikap kebudak-kebudakkan, walaupun ramai yang menggelarkan situasi itu sebagai kurang matang. Untuk jadi matang, tidak semestinya perlu serius 24/7 kerana kadang-kadang orang yang serius itu juga tidak semestinya betul-betul matang.

Kadang-kadang bersikap serius perlu bergantung dengan situasi dan keadaan. Ada masa kita kena berfikiran serius, ada masa kita kena menenangkan hati dengan bergurau senda bersama orang lain. Tapi kalau bergurau dengan mempersendakan orang lain bukanlah sesuatu yang profesional seperti mana orang yang rasa dirinya matang dan tua serta berpengalaman.

Sebagai contoh, aku dengan kawan masa sekolah dulu pernah dipersendakan oleh seorang manusia yang agak tua sekitar 50-an dengan bertanyakan soalan sinis pasal tudung sekolah yang kami pakai semasa kami belajar di SMK Jalan Oya Sibu pada tahun 2002/2003. Almaklumlah, pada ketika itu, hanya kami dua orang sahaja pelajar perempuan muslim disana.

Gambar dicedok dari 9gag.. Berapa ramai yang rasa ni lawak dan berapa ramai yang rasa gambar ni hina perempuan?

Contoh yang seterusnya adalah berkenaan dengan orang yang terlalu serius iaitu ketika aku pernah terlihat dan terbaca sesuatu pada laman sosial berbentuk gurauan dan lawak serta tiba-tiba ada seseorang ni mengomen dengan kasar dan serius seolah-olah dia rasa benda tu bukan gurauan. Aku pada masa tu rasa gurauan itu tidak mempersendakan sesiapa tetapi kenapa masih ada orang yang sentiasa menganggap benda itu serius?

Kadang-kadang serius memang tidak relevan bila dikaitkan dengan konsep kematangan. Serius yang melampau kemungkinan besar adalah disebabkan perasaan yang terlalu sensitif dengan persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Rasanya agak kasihan dengan orang yang mudah serius kerana terlalu sensitif, sebab tak ada orang sudi berkawan rapat dengan mereka.


No comments: