Monday, March 9, 2015

Nasib Aliana AB


Malam ni aku duduk dalam bilik seorang-seorang sambil dengar lagu baru dari Ungu-Aku Tahu. Lagu tu bagi aku tak lah sedih sangat tapi tune suara vokalis lagu tu cukup buat aku feeling, rasa nak menangis jer sambil ingat benda mengarut-ngarut.

Malam ni pun rasanya agak malas nak main game. Tak ada mood, sungguh!

Bila kenangkan balik hidup aku ni, langsung tak ada prestasi atau peningkatan kualiti hidup. Bila ingat pasal study dan UNIMAS, betapa aku nak lari dari situ dengan tekanan yang bertubi-tubi. Serious, aku dah fedup dengan apa yang aku dah belajar.


Berbalik pada hal peribadi tak seindah mana pun. Sebab tu aku banyak gaming siang malam. Stress yang sangat melampau buat aku rasa nak mati cepat, nasib jer aku bukan jenis terburu-buru buat keputusan.

No comments: