Monday, April 27, 2015

Gamer tegar


Sejak aku aktif semula start semester baru dan lebih-lebih lagi aku bergiat aktif dalam dunia game, sangat jarang untuk aku menulis blog baru-baru ni. Maklumlah, aku bukan jenis multitasking yang berjaya dan kalau boleh hanya mampu fokus dengan satu-satu perkara sahaja dalam satu masa.


Agak ramai kawan-kawan aku pernah bagitahu dekat aku yang diorang sangat jarang jumpa perempuan yang kaki game lebih-lebih lagi pc game. Aku tak minat game handphone bukan sebab nak standardlah kononnya tapi tak suka tengok handphone low battery dan asyik-asyik nak pergi charge. By the way, siapa kata jarang ada perempuan yang gila main game, memang ramai sebenarnya. Malahan ada juga yang cantik dan body medes-medes tak macam aku yang berisi ni. Kahkahkah.

Aku pun bukanlah jenis yang gila main game sangat. Aku lebih minat main yang online game jer sebab suka compete dengan orang lain. Offline game pun suka juga tapi tengok genre apa, biasa main RPG perang-perang pun boleh tapi tak suka yang terlalu seram macam game zombie atau alien. Hakikatnya juga aku masih lagi berpewatakkan perempuan yang suka main game The Sims. Koleksi aku ada banyak, dari The Sims 1 sampai yang ke-4. Part paling best bila buat karakter baru, suka edit muka dan badan. Kalau online game MMORPG lagi detail dia punya pemilihan karakter depend lah dengan apa jenis game.

Contoh-contoh game dekat desktop aku

Cuma sekarang internet ni jer yang problem besar sebab online game memang perlukan internet yang berkuasa tinggi dan laju. Kalau pakai data memang tak sampai sebulan pun 4GB. Dahlah ditambahkan lagi dengan GST kalau nak reload, macam tak logik nak tambah harga. Tak pernah pula aku tengok syarikat telekomunikasi besar yang cuma untung sedikit, itu semua ketamakkan sedangkan kualiti dan kelajuan internet taklah selaju mana macam di negara luar.

Sudahlah kelajuan internet di Malaysia disekat sampai 80% dan rakyat cuma menerima 20% itupun terpaksa dikongsi sesama sendiri. Kononnya nak menyekat benda tak baik dari luar tapi masih juga timbul isu rasis di Malaysia. Kenapalah orang kita ni suka memakan orang sendiri. Kan, melalut dah aku...... dari game sampai ke internet!

p/s Graphic card cantik, processor dah cukup laju, RAM dah cukup besar tapi sayang internet sampai sampah. Ish!

No comments: