Thursday, April 30, 2015

Hebat sangat bila berdebat?


Sejak dari sekolah, kita memang telah diajar untuk berbahas atau berdebat untuk sesuatu perkara. Begitu juga dengan sampai sekarang bila bidang-bidang pekerjaan yang melibatkan soal berdebat seperti di dalam bidang politik dan sewaktu dengannya. Berdebat adalah suatu aktiviti "berlawan cakap" secara sihat daripada berlawan secara fizikal. Namun begitu, terdapat juga banyak keburukkan selain kita menganggap ia sesuatu perkara yang baik.


Bila bercakap pasal keburukkan, aku rasa mesti ramai yang tertanya kenapa dengan hanya berdebat boleh mendorong kepada perkara yang buruk?

Aku adalah salah seorang yang tidak suka dengan aktiviti berdebat tapi aku jenis yang lebih suka dengan perkara yang boleh dikongsikan bersama seperti berkongsi idea dan pendapat. Bila sebut pasal berdebat, automatik aku akan anggap orang yang bercakap kasar dengan nada yang halus dan sopan. Orang yang berdebat ni kebanyakkannya mementingkan ego mereka, tidak mudah mengakui kesalahan walaupun tahu ada kelemahan dalam perkara yang mereka tegakkan. Kadang-kadang mereka tidak jujur dan pandai memutar-belitkan fakta hanya semata-mata mahu orang yang mereka debat kalah sebagai contoh bila peguam berdebat di mahkamah.

Ada orang kata orang yang tidak mahu dan tidak suka berdebat ni sebab tak nak kalah dan tak pandai berdebat tapi kadang-kadang mereka tidak fikirkan bila mereka berdebat, mereka sebenarnya lebih suka mencari kesalahan orang lain dari menegakkan kebenaran. Bila kita berdebat, kita bercakap sesuatu perkara yang bertentangan pendapat dengan orang lain. Even though ingin memperjuangkan kebenaran tapi pada masa yang sama kita juga telah mengguris perasaan orang lain dengan berkata pendapat orang itu salah, terpesong dan sebagainya, Contoh yang boleh diperhatikan adalah bila berdebat pasal agama atau pergi berdakwah. Rasanya, bila orang itu kalah sekalipun dalam berdebat, adakah mereka akan terus ikut pendapat yang kita debatkan? TIDAK. Mereka akan cari jalan dan cari banyak lagi kesalahan kita. Jadi, tujuan asal berdebat itu tidak akan dicapai sampai bila-bila.

Jadi apa gunanya berdebat?

Tidak ada istilah menegakkan kebenaran dalam berdebat. Berdebat cumalah untuk mempertahankan ego. Bila seseorang itu sendiri mahu percaya, tidak perlu berdebat pun, mereka sendiri akan pergi kepada kita. Instead of debat, kenapa tidak show and sharing? Orang mahukan action dan bukannya sekadar kata-kata manis dan idea-idea yang meletup. Memang akan ada orang yang pandai berdebat dan pandai memasukkan unsur sascartic di dalam idea mereka tapi fikirlah tujuan mereka untuk apa kalau bukan untuk jatuhkan kita apatah lagi dengan orang yang tidak pandai dalam berkata-kata.

Berdebat sebenarnya tidak menjadi kesalahan namun perlulah jujur dan pandai menghormati perasaan orang lain. Kalau sewaktu aku PLKN dulu, kami berdebat untuk suka-suka dan buat lawak secara langsung dapat hilangkan stress. Kadang-kadang berdebat sesuatu perkara untuk mencari yang mana lebih mendatangkan kebaikkan dari keburukkan yang mana mestilah ada hakim diantara mereka. Itulah dinamakan berdebat yang sihat.



No comments: