Wednesday, April 29, 2015

Pembuli siber


Semalam aku ada tertengok secara tak sengaja movie pasal "cyberbully". Movie tu tak lama, kalau tak silap 1 jam macam tu jer. Lokasi memang satu tempat jer, simple but very nice. Kalau faham, memang tak boring dan jalan cerita yang sangat menarik. Masa aku tengok cerita macam ni, memang meruap jer darah aku sebab rasa nak sepak jer muka-muka pembuli siber ni.


Seriously, aku tak suka dengan orang yang suka buat benda terkutuk di alam siber secara anonymously. Apa dia rasa dia pandai sangat nak hack, programme itu, ini, dan memalukan orang lain? Memanglah berani kan kalau dibelakang, cuba didepan, such a dickless bak kata aku. Bila teringatkan orang boleh hack guna kamera laptop, teringat pula masa first aku beli laptop dulu. Lepas beberapa bulan macam tu aku selalu letak sticker dekat kamera laptop kononnya masa tu takut ada orang hack sedangkan masa tu dah lama sangat dalam 8 tahun yang lalu, internet pun aku belum ada lagi.

Laptopku, kahkah
Dan, tak sangka imaginasi aku yang dulu boleh jadi kenyataan dan tiada yang mustahil bagi orang yang psycho dalam hack ni. Walaupun bukan semua orang pandai dalam programming tapi tak mustahil kalau setiap daripada kita mesti ada orang yang suka stalk aktiviti kita di laman sosial. Stalker ni aku tak kisah sangat, fakers pula aku tak berapa nak ambil peduli cuma aku paling tak suka orang yang gunakan gambar orang lain atau apa-apa sahaja dengan tujuan mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang tu.

Samalah dengan orang yang suka buat berita palsu, fakta palsu, gambar dan video fake untuk menyebarkan fitnah. Dekat Facebook berlambak dah macam sampah tapi entah kenapa masih ada orang suka sangat nak share benda yang belum lagi di-sahkan kesahihannya. Tengok-tengok orang tua juga yang mudah percaya, yang muda pun main ikut jer. Bukan di Malaysia sahaja, dekat seluruh dunia semua macam tu. Lepas tu bagi komen berunsur kebencian, aku rasa menyampah, kalau diorang duduk sebelah aku, dah lama aku tengking dan toreh dalam-dalam tengkuk diorang.

Apa yang telah aku pelajari dari movie ni, memanglah tak dapat nak dielakkan privasi kita dari diketahui oleh orang yang busybody ni. Tak ada laptop, handphone pun boleh dan mana-mana alat teknologi yang boleh digunakan untuk congkel maklumat dari kita. Jadi, jangan malu jadi manusia biasa yang ada kelemahan, kalau sudah dia memalukan kita just ingat satu perkara, even sampai dia ni mati sekalipun, dia tak akan terlepas dari pembalasan.

Bila ada ugutan seperti dalam movie "cyberbully", just biarkan saja. Buat apapun, kita pasti akan kena ugut sampai bila-bila. Tindakan paling baik, berterus-terang dan serahkan saja kepada ibubapa dan pihak berkuasa. Mereka pasti akan berbuat tindakan kepada hacker ni. Cuba bayangkan kalau dia boleh hack sampai macam tu, apatah lagi bank security, senjata nuklear, dan sebagainya yang boleh mengancam keselamatan umat manusia. Mahu tak mahu, akan ada orang yang akan ambil tindakan (macam serius pula bunyinya).

Be happy go lucky, kalau tak guna teknologi pula kan susah nak contact orang, gunakan dengan sebaik-baiknya. Ignorance is the best, biarkan orang itu sibuk dengan kerjanya yang nak ambil tahu pasal kita. Rilek brader, kitakan artis!


No comments: