Friday, May 15, 2015

Bila fikiran jadi kusut


Dah lama agaknya aku rasa nak update blog tapi selalu kering idea. Some of the idea maybe belum sesuai dengan waktunya untuk di post. Sejak aku tak lama tak main game online, selalu pula buka blog. Maklumlah, Aku terasa sangat nak main Cabal 2, tapi diorang belum buat yang open beta. Beta test cuma untuk certain orang yang bertuah jer.


Semenjak dari entri lepas, aku nak positifkan fikiran tapi makin banyak pula cabaran terutamanya yang melibatkan pelajaran, ekonomi sekarang serta media semasa yang tak habis-habis menabur fitnah. Hidup tak selalunya mudah, bagi yang rasa senang dari kecil, itu dikira sebagai tuah mereka. Teringat pula dengan kisah orang Rohingya yang dihalau keluar tanpa rasa ada belas kasihan.

Walaupun sesetengah orang beranggapan hidup cuma sementara, bayangkan mereka terpaksa struggle menahan lapar, dahaga di atas kapal yang hanyut entah kemana untuk mencari tempat yang sanggup menerima mereka. Sungguh kasihan bila ada yang tergamak tak nak menolong mereka. Tanah di dunia pun bukan milik siapa-siapa. Hanya kertas hitam putih yang membuatkan manusia riak dengan harta benda mereka.

Selalu orang cakap belajar rajin-rajin then dapat kerja bagus baru dapat tolong orang. Aku rasa tak semestinya. You know, manusia mula-mula jer cakap macam tu, bila dah ada duit, mulalah nak beralasan nak bayar itu, ini, duit kahwin, duit anak. Dalam bidang yang aku belajar ni, Biotechnology, banyak perkara pasal invent-invent ni macam medicine, new genes, dan sebagainya yang aku rasa cuma berguna untuk dapat duit dari orang kaya untuk jadi kaya. Aku rasa fedup sangat bila semua nak kejar duit, kalau tak duit pun ilmu agama yang menampakkan sangat mereka hanya mementingkan diri sendiri.

Sebab tu mungkin sebahagian lecturer aku tak faham keadaan aku. Kadang-kadang kecewa bila ada certain mereka berat sebelah dan cuma berminat nak tahu cerita jer. Aku lebih rela jadi batu, malas nak cerita semua perkara yang tak semestinya mereka faham. Bila difikirkan balik, alangkah bagusnya kalau aku ada keberanian sejak dari kecil yang mungkin dapat mengubah persepsi orang sebab biasanya golongan muda ni takut untuk menyuarakan pendapat mereka.

Entri ni aku memang banyak melalut. Semua benda yang aku taipkan disini, itulah yang terlintas di fikiran aku. Kesimpulannya, aku teringin nak tolong orang yang lemah, Tapi untuk tolong orang lemah perlu jadi kuat. Adakah duit sebagai jalan untuk jadi kuat?


No comments: