Monday, May 11, 2015

Budaya kejiranan di Matang Jaya


Entri kali ini bukanlah untuk tujuan memburuk-burukkan sikap penduduk di Matang Jaya tapi apa yang ingin aku sampaikan ialah suatu pengajaran untuk kaum-kaum ibu yang rajin menyembah Tuhan tapi pada masa yang sama juga rajin mengumpat sesama sendiri. Bukan sahaja terjadi di Matang Jaya, malahan mana-mana tempat atau kawasan yang ada keluarga tinggal memang sentiasa akan ada jembalang mengaku dia ibu namun menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.

Aku paling benci pengumpat. Tersangatlah benci sehinggakan terasa beratnya beban mengumpat mampu memusnahkan hidup orang lain yang tidak berdosa. Sepertimana yang berlaku di Matang Jaya, semangat kejiranan semakin pudar dan menjadi mimpi ngeri. Kebanyakkan jiran disini hanya bawa muka plastik kesana kemari untuk dishow-off tapi bila dibelakang, mereka menikam tajam jiran mereka sendiri.


Situasi rumah yang pertama, jiran didepan rumah sebelah kiri. Mereka pernah diumpat oleh mak Carl dengan mengatakan anak perempuan jiran ada kutu rambut dan siap suruh anak perempuan mereka jangan berkawan dengan anak jiran depan sebab pernah kena marah oleh mak dia. Aku dengar dari Carl yang bercerita. Then, yang menghairankan jiran depan dengan mak Carl masih boleh berpura-pura gembira (kononnya bestfriendlah sangat) sampai satu ketika bersama-sama mengumpat jiran Melayu sebelah adakan kenduri tapi kad diorang cuma tertulis jemput mak dan bapak jer sehinggakan mak Carl ni datang sekejap, then kononnya nak blah sebab nak pergi majlis orang lain pula bersama dengan "besfriend" mereka. Amboi, rasa hebat bila bersama kawan yer.


Situasi rumah yang kedua pula, pasal jiran Melayu sebelah rumah kanan. Penat dah aku dengar cerita pasal jiran sebelah ni sebab paling banyak gossip diantara semua. Keluarga Melayu, ayah diorang kerja dekat Hornbill kira berkemampuanlah juga. Dijadikan cerita Carl bagitahu aku family dia sangat bencikan jiran mereka sebab anak mereka pernah mencuri besi di belakang rumah mereka, pernah juga bising bergaduh laki bini, hari Raya pula bagi air dalam gelas kecil sampai family diorang sepakat parking kereta jauh-jauh sebab tak nak kena invite pada musim perayaan, dan sebagainya lah, aku pun tak sanggup nak cerita. Ditambah pula family Carl tak suka orang Melayu dan orang Islam.


Situasi rumah ketiga pula ialah jiran rumah depan sebelah kanan. Rumah tu sebenarnya ialah rumah sewa. Dah macam-macam orang tinggal dekat rumah tu sebabnya, rumah tu jadi tumpuan untuk perompak merompak. Apakan daya, kesilapan kita sebagai jiran yang tidak peka dengan jiran kita sendiri. Jiran di sini cuma busy body untuk tahu hal orang then pergi mengumpat, tapi bila bab keselamatan tetangga, kita tak busy pun dan sikitpun tak nak ambil tahu. Susah senang jiran, selagi bukan bergelar kawan memang haramlah nak tolong.


Situasi keempat ialah rumah keluarga Cina sebelah kiri. Itu pun tak pernah dikecualikan kena umpat. Hari tu puas dah kena umpat oleh orang-orang yang dikenali pasal jiran ni letak anjing belakang rumah tapi tak pernah nak sediakan tempat berteduh bertahun-tahun lamanya. Sebagai jiran, apa salahnya tegur jiran Cina ni daripada duduk mengumpat tak tentu pasal.

Memang di Sarawak orangnya terdiri daripada sangat banyak bangsa dan agama, tapi tidaklah seharmoni mana yang selalu diwar-warkan di Facebook comment. Sarawak harmoni sebab masih ada sesetengah orang yang masih mahu mengamalkannya, yang selebihnya kaki suka kondem orang lain. Kaitannya bangsa dengan kejiranan ialah mak-mak orang yang mengumpat ni terjadi dalam 70% disebabkan tidak sama bangsa dan tidak ngam. Kalau di Semenanjung jurang perkaumannya ketara, di sini, jurang perkaumannya ditukar kepada senyum-senyum depan, cucuk-cucuk belakang.

Bukan nak bangkitkan isu perkauman, tapi itulah realiti yang sudah berlaku. Jangan salahkan politik pula, salahkan kita yang mudah terpengaruh. Bila sudah berkeluarga dan hidup berjiran, tegur depan-depan bila salah dan biarlah sopan. Ada kesusahan, sentiasa ambil tahu. Aku betul-betul harap diorang baca dan berubah, kalau tak sampai ke anak cucu perangai macam syaitonnnn~

Payahnya bila anak muda macam aku menegur nanti, kita disalahkan pula. Dikatakan "melawan"lah, "kurang ajar"lah, itulah, inilah. Bukan sebab rasa diri tak bersalah, tapi disebabkan ego orang tua. Aku kalau bercakap suka telus dan mulus, bukan main cerita-cerita atau bawa cerita atau buat cerita jadi santapan sanak-saudara dan jiran aku. Bila cakap pasal respect bangsa, bukan main pandai bersyarah dan berbahas. Tapi, action pun aku tak tengok. Nak show off sikap yang baik bukan melalui mulut, tapi biarlah melalui hati dan sikap.

Itu belum lagi bila ber-comment di Facebook. Terangkat "benda bawah" tu nak berbahaskan? terasa panas dan bahang di hati. Kalau nak tahu macamana nak mengharmonikan Sarawak tanpa hanya perlu menaip dan berkata-kata, sila kenal dengan aku dulu, kenal dengan siapa aku berkawan, kenal siapa family aku, berapa banyak tempat aku pernah pergi.

Manusia, dalam seribu orang berbangsa ***, kenal baru seorang dua tapi dah buat penilaian untuk keseluruhan 1000 orang.

p/s Aku bukan berkata pasal penduduk Matang Jaya saja, semua tempat lebih kurang sama. Matang Jaya cuma sebagai contoh manusia-manusia yang aku kenal. Harap jer korang berubah, peace yo~

No comments: