Wednesday, May 6, 2015

Gangguan seksual tidak kira siapa dan dimana


Sudah terlalu ramai orang yang memberi pandangan bahawa perempuan seksi dan berpakaian menjolok mata penyumbang utama kepada gejala rogol dan gangguan seksual. Mungkin ia ada sedikit logik kerana berpakaian menjolok mata boleh memberangsangkan nafsu lelaki. Namun begitu, ada juga pernah berlaku perempuan yang berpakaian sopan terlibat dalam kes rogol cuma jarang sahaja diperdengarkan di media-media massa.

Aku sebagai seorang perempuan juga tidak terkecuali pernah kena gangguan seksual. Pengalaman gangguan seksual yer, bukan pengalaman kena rogol. Tapi yang peliknya benda tu terjadi masa aku berumur 7 tahun atau masa aku masih budak-budak. Time sekolah menengah pun pernah kena dengan pelajar lelaki senior. Bayangkan sepanjang usia aku masa tu, aku tak pernah pakai pakaian menjolok mata, aku cuma berada di tempat public dan kawasan sekolah tapi kenapa ada lelaki yang masih suka kacau dan mengganggu secara seksual?

Aku masih ingat masa budak-budak dulu bila jalan dengan keluarga ke bandar Sibu, mesti ada jer lelaki yang suka sentuh-sentuh tanganlah, kakilah, yang buat aku rasa rimas bila berjalan di tepi kedai terutamanya bila terpaksa melalui kedai kopi. Ayah aku ni pula, kalau jalan macam kena kejar hantu, so terpaksalah aku mempercepatkan diri sampaikan kadang-kadang boleh jauh tertinggal di belakang. Time sekolah rendah, aku ada seorang kawan sekelas lelaki (nama budak tu Federick-aku masih ingat sampai sekarang) yang suka cerita seks dengan aku sampai aku takut nak kawan dengan budak-budak lelaki lain sampailah aku habis sekolah.

Time sekolah menengah pula, aku pernah kena pukul dekat punggung dengan gulungan kertas oleh seorang senior lelaki DEPAN OFFICE guru. Nasib jer pakai kertas, kalau pakai tangan, mungkin dah makan kasut Bata aku kot masa tu. Bila dah pandai berdikari lepas beberapa tahun, jauh dari family, aku rasa tak adalah sangat gangguan seksual secara fizikal. Budak-budak sekarang nak buat gangguan seksual, semua pakai teknologi. Webcamlah, chattinglah.. Nasib aku ni jenis yang tak melayan pun.

Sebab tu, dapat anak perempuan ni bukan senang. Bukan setakat nak jaga pemakaian jer, belum tentu selamat. Bila dah ada macam-macam laman sosial ni, dengan adanya internet, handphone atau laptop dah boleh mendorong kepada gangguan seksual. Eh eh, entah-entah bukan gangguan seksual lagi kot kalau yang perempuan sendiri dah gersang.

Nak elak dari dirogol atau terkena gangguan seksual, make sure elakkan berada di tempat yang mencurigakan atau kalau terpaksa, bertemanlah dengan orang yang boleh dipercayai. Kalau bab berpakaian sopan memang digalakkan tapi faham-fahamlah, lelaki ada perasaan ingin tahu apa disebalik pakaian tu. Lagikan pakaian boleh dibuka, apatah lagi yang super seksi. Nak berfesyen biarlah bertempat yer dan bukannya tujuan nak tarik perhatian lelaki.


p/s Lelaki adalah makhluk yang pelik kalau melibatkan seksualiti. Kita perempuan tak mungkin akan faham.


No comments: