Sunday, May 17, 2015

Hal-hal peribadi di alam siber


Tersangatlah ramai yang suka berkongsi hal-hal yang peribadi pasal diri mereka di alam siber, dan tidak terkecuali juga aku. Sesetengah mereka sanggup memaparkan perkara paling sensitif dalam hidup mereka kepada orang lain seolah-olah mereka sendiri mahu aib mereka dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh, tempat tinggal kita, ID atau IC nombor, hubungan dan perkahwinan kita, anak-anak kecil kita (favourite bagi insan bergelar pedophile), tempat kerja, gambar bil-bil rumah, slip gaji, malahan ada yang jenis suka post gambar duit serta jumlah duit dalam akaun.

Seperti aku, aku jenis yang suka meluahkan apa-apa perkara di blog aku sendiri namun ada tahapnya dimana aku tidak ceritakan semuanya dengan detail. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat aku dah over sangat cerita pasal diri aku di laman sosial, namun masih ada sangat banyak perkara yang orang tak tahu lagi pasal diri aku.

Walaupun agak syok sendiri bila bercerita pasal diri sendiri, setiap apa yang aku sampaikan ada limit dan batasnya. Aku bukan jenis yang suka bercerita pasal aib sendiri, namun kadang-kadang boleh terlepas. Macam yang kita tahu, hanya Tuhan sahaja yang tak pernah buat kesalahan. 

Berbalik pada topik, mungkin mereka yang suka share perkara peribadi ni jenis yang sukakan perhatian (well, attention seeker bukan habit yang buruk pun - just admit kita semua dahagakan perhatian). tapi, kenalah berhati-hati sebab kita tak tahu siapa-siapa di alam siber memandangkan semua orang boleh menyamar jadi orang lain, tak pun jadi hantu, syaitonnnnn~ 


Kahkah.


No comments: