Tuesday, May 5, 2015

Jangan menilai perempuan sebarangan


Hari tu aku ada Google pasal jenis-jenis perempuan then terjumpalah satu blog cerita yang hebat pasal perempuan seolah-olah macam dah expert. Aku tak lah nak melenting pun, cuma mungkin pandangan tu agak kurang tepat kalau menilai perempuan tu dari pandangan mata kasar jer.

Contohnya aku. Jika berdasarkan cara aku berfesyen, gaya dan pandangan rupa dan sebagainya yang dilihat secara fizikal memang tak dinafikan aku pernah dicop sebagai playgirl dan paling banyak pun orang cakap aku ni jenis yang banyak boyfriend or selalu bertukar-tukar boyfriend. Rasa lawak pun ada sebab yang sebenarnya aku ni jenis noob kalau bab ada relationship dengan lelaki. Seriously noob!


Memang aku juga jenis perempuan yang liberal dan bukan sahaja liberal dalam politik tapi dalam segala hal. Tidak bermaksud juga aku jenis yang mudah dibawa "main" oleh mana-mana lelaki dengan sesuka hati. Nak kata perempuan jenis aku ni tak pandai masak, aku paling suka memasak terutamanya masakan yang bukan sesimple asal masuk perut.

Nak kata perempuan jenis aku tak suka duduk rumah dan selalu balik lewat malam, well aku boleh tahan berminggu-minggu tanpa keluar rumah dengan menghabiskan masa belajar, main game dan buat kerja-kerja dalam rumah. Entah macamana boleh ada juga orang yang berfikiran singkat dengan hanya menghakimi dengan menggunakan mata mereka.

No wonder ramai orang yang selalu disalah erti gaya fizikalnya tak puas hati akan cakap "pakai tudung tapi perangai macam syaitan". Aku tak kata, orang yang kata. Malahan aku sendiri pun tak suka orang berkata begitu. Kiranya janganlah kita menilai sebarangan terhadap seseorang sampai melibatkan cara dia berpakaian, berfesyen atau apa-apa sahaja luaran dia. Bila kita sibuk nak marah orang kononnya nak bagi nasihat, kita sebenarnya dah rosakkan minda orang lain, mempengaruhi mereka dengan minda kita yang kotor. So, better stop all the hatred.

Kita sendiri belum pernah kenal mereka secara mendalam, belum pernah rasa sendiri senang susah mereka tidak perlulah berkata dengan rasa "pandai" seolah-olah kita ni expert dalam benda macam ni. Mengarang atau berblogging boleh tapi biarlah dengan fakta yang bernas dan logik, bukannya nak ambil traffic tinggi jer. Bila kita menulis sebarangan, kita menipu dan orang yang membaca pun percaya dan seterusnya akan sebarkan ke tempat lain, share sana, share sini. Tahu-tahulah kan apa akibatnya bila ada hidup orang musnah hanya disebabkan cara penulisan kita.



No comments: