Friday, May 22, 2015

Jangan terlalu percayakan orang lain selain diri sendiri


Dalam dunia ni, manusia "syaitan" boleh jadi "malaikat" dan manusia "malaikat" boleh jadi "syaitan". Bukan nak dikatakan sebab zaman dah maju kedepan, sebab memang dah nama manusia dari dulu lebih percayakan mata dan hati mereka yang ingin melihat apa yang mereka mahu dari menggunakan akal fikiran mereka sendiri.

Sebab tu, kita kena berhati-hati dengan siapa-siapa yang kita berkongsi masalah dan perasaan walaupun dengan family sendiri. Tak semua keluarga kita yang ada pertalian darah akan benar-benar menyayangi kita tanpa bersebab. Itulah hakikatnya manusia yang menjijikkan, hidup memang tak kejam sebenarnya, manusia yang kejam. Mereka buat perkara terkutuk dan salahkan kehidupan.

Memang kita tidak boleh hidup tanpa berinteraksi dengan manusia yang lain. Tapi, percayalah, ianya akan lebih teruk jika kita berinteraksi dengan orang yang salah, dengan orang yang cucuk belakang kita sendiri dan suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.


Aku sendiri sebagai contoh. Aku jenis yang tak mudah bagitahu dengan sewenang-wenangnya perasaan dan apa masalah aku. Jika berlaku dalam blog pun, tak mungkin orang akan faham 100% jalan cerita sebenar aku. Kadang-kadang entri aku bila aku berkongsi apa yang aku rasa, didalamnya begitu banyak pengajaran yang aku harap orang lain tak akan terkena seperti aku. Namun tidaklah bermaksud aku mudah percayakan orang lain.

Sebab aku tahu, cerita boleh jadi berantai. Tak apa bila sekali sekala berkongsi kesedihan, tapi jangan sesekali berkongsi kegembiraan sebab tak semua orang akan suka bila kita gembira. Tapi agaklah menjijikkan bila ada orang cuma nak tahu cerita aib kita, lepas tu mereka pandai buat bodoh pula kan sebab tujuannya nak cungkil cerita orang jer.

Jadi berhati-hatikan bila ingin meletakkan kepercayaan dengan orang lain. Orang ni, depan jer nampak baik, belakang belum pasti baik. Drama jer kan, no wonder kenapa manusia sangat suka pada hiburan. Inilah sebabnya.


No comments: