Saturday, May 2, 2015

Kenapa aku jarang censor gambar orang, tak jaga aib orang


Mungkin salah satu perkara yang jahat pasal aku ialah aku tak pernah rasa nak cover gambar atau nama seseorang bila bercerita tentang mereka. Korang boleh check mana-mana entry aku memang sangat jarang cover atau censor terutama bila print screen perbuatan dan diri mereka.

Bagi aku, kalau perkara yang mereka sendiri dedahkan di internet, itu adalah perbuatan mereka sendiri yang mendedahkan aib dan kelemahan mereka. Sebab tu, janganlah semua benda perlu dibagitahu di laman sosial.

Bila sebut pasal aib, memang semua orang akan cepat melatah apatah lagi kalau ada orang yang jumpa manusia yang suka dedahkan aib. Mungkin, mungkin salah seorang daripadanya adalah aku yang suka dedahkan aib orang. Tapi, janganlah risau, as long as kalau tak ada orang yang sengaja cari nahas, tak adalah aku buat perkara tak baik.

Memang tak baik pun kalau dedahkan aib orang sebenarnya. Selalu juga terngiang-ngiang di telinga siap ada orang beringat-ingat sesama sendiri di Facebook dan sebagainya lepas tu pergi perang keyboard sampai semua aib terbuka dengan sendirinya.

Macam biasa, aku bukannya baik sangat macam yang orang selalu cakap pasal aku. Jadi bila sebut pasal jaga aib ni, nahhhh.. Aku tak kisah sangat kot kecuali bila orang yang aku tahu betul-betul dia tak sengaja, aku memang tak dedahkan aib dia dan jaga nama dia betul-betul. Tapi bila orang yang buat palat dengan aku, then pergi sebar cerita tentang aku of course lah aku boleh sebarkan cerita juga. Bukan cerita palsu yang dibuat-buat macam diorang, cerita fakta yang benar sebenar-benarnya.

Kalau nak diikutkan sekarang, aku ni kira baik juga nah, sebab tak aibkan terus dengan cerita dalam pasal diorang macam cerita seks diorang, benda private dalam diary diorang malahan aku ada simpan gambar bogel diorang dan sengaja tak nak dedahkan pun. Mungkin sebab aku masih ada kesedaran nak jaga maruah orang tuuuuu..


lain kali, jangan buat palat dengan mana-mana orang terutama dengan orang yang diorang sangka orang tu lemah dan mudah dikata-kata dari belakang. Aku tahu, sengaja jer buat pandai. Tak ada maknanya nak main ugut.


No comments: