Saturday, May 9, 2015

Khas untuk insan bernama KAWAN


Malam ni aku baru lepas berborak dengan kawan rapat sama UNIMAS. Punyalah panjang cerita, mungkin sebab lama tak jumpa. Lama juga tak lepak dengan kawan-kawan lama. Sejak aku menghabiskan sisa-sisa last semester ni, jarang jumpa kawan lepak sebab masing-masing dah ada laluan sendiri. Aku pun selalu dah jadi alien masuk kelas orang sampai naik muak dah sebab jadi lone ranger.

Kalau nak tahu, aku ni jenis yang tak ramai kawan. Bukan sebab aku memilih atau apa, tapi nak cari yang sekepala tu susah sebenarnya. Lagipun aku bukan kaki mengumpat, mungkin sebab tu kot ramai yang tak nak kawan dengan aku. Ecehh. Bestnya bila kawan tak ramai, senang nak fokus seorang demi seorang. Jadi senang bila berbuat baik dan menghargai orang disekeliling.

Aku ni pernah jadi anti-sosial. Alaaaa, bukan anti mana pun, cuma tak laku dalam bab bersosial. Nampak jer muka macam liar tapi hati sunyi. No wonder, sampai umur 20 lebih baru tahu nak berkawan dengan lelaki. Bagi aku, kalau orang dah rapat dengan aku, aku dah anggap diorang macam family aku sendiri sebab diorang dah tau baik buruk aku, the best part bila diorang masih mampu terima aku yang tak senonoh ni (kadang-kadang lah yer).

kawan aku ni ada banyak jenis, walaupun sekepala tapi masing-masing perangai lain. Kebanyakkan kawan-kawan aku terdiri dari bangsa yang berlainan dari aku dan kebanyakkan non-muslim. Tapi, bila berkawan mengalahkan adik-beradik. Bukan bermaksud yang aku tak suka berkawan dengan orang yang sama agama, just sometimes sangat jarang jumpa orang yang betul-betul serasi. Aku ada juga kawan-kawan Melayu, diorang semua baik sangat cuma mungkin masa dan keadaan menjarangkan kami bersama selalu.

Chak! Muka aku lagi.. Puas belek gallery handphone cari gambar kawan, rupanya tak pernah wefie dengan diorang pun bila keluar. Handphone jadi hiasan.

Kadang-kadang krisis dalam hubungan kawan ni ada ditambah pula aku yang suka main-main dan sometimes bercakap tak kena pada tempat. Kalau ada yang kecil hati tu, aku pujuklah macam boyfriend kedua diorang pula aku ni. So far, salute diorang masih mampu bersabar dengan aku. Kalau bab diorang ada lukakan hati aku tu, aku maafkan jer. Aku tahu diorang tak sengaja.

Sebab tu aku belajar tak semudah itu nak lukakan hati kawan, sebab aku tahu sakitnya macamana. Bila dah makin dewasa, istilah kawan bagi seorang perempuan ni akan tertimbus dalam kenangan ditambah lagi bila dah jadi mak orang. harap jer jangan ikut mengumpat sekali sesama jiran (perbuatan paling aku benci).


No comments: