Thursday, May 21, 2015

Pengampunan dosa


Entry ni ganas sikit,

Manusia mana yang dosanya tidak mahu diampunkan. Tapi seringkali kebanyakkan mereka suka mengambil kesempatan diatas kebaikkan Tuhan bagi yang percaya pada agama. Kenapa aku berkata begitu? Mana tak nya, lepas buat dosa, minta ampun, lepas tu buat lagi, minta ampun and then buat dosa dan berulang-ulang sampailah mereka mati.

Walaupun aku awal sudah bagitahu aku tak berminat sangat bila sentuh pasal agama tapi kadang-kadang orang disekeliling aku sangat menjengkelkan bila mereka show off mereka kuat agama tak kira agama mana sekalipun. Kaki-kaki sembahyang bukan sebab sayangkan Tuhan tapi cuma nak minta ampun sebab takut masuk neraka dan nak tinggal di syurga lepas mati.

Sungguh menjijikkan bila jumpa orang yang pentingkan diri sendiri dan hipokrit. Mudahnya bagi mereka minta ampun atas dosa mereka,  semudah mereka berbuat dosa. Mana keikhlasan ingin dosanya diampunkan?

Macam kita berbuat dosa mengatakan dan menyebarkan cerita buruk orang lain, kenapa "Tuhan" yang mereka jumpa untuk minta maaf? Sedangkan "Tuhan" pun menyuruhmereka minta maaf pada orang yang mereka aniaya dan bukannya minta maaf pada "Tuhan" yang got nothing to do with shit they have done.

Bila ada mulut-mulut mengatakan tak semudah itu dosa dapat diampunkan, kenapa kaki-kaki sembahyang ni yang banyak kondem orang? Bukan mereka pun tahu itu berdosa kenapa tergamak pula nak aniaya orang? Dah tahu diri sangat banyak berdosa, kenapa berpura-pura jadi baik yang buat aku menyampah, please bitch!

Entri ni aku khaskan kepada #kN yang suka menyebarkan fitnah pasal aku tak kira di tempat ibadat atau seluruh Kuching dan Bintulu. Ada faham? Tengok muka pun dah tahu mulut dia tak dapat tutup dari sebut benda jahat. Sekarang ni hiduplah senang lenang dengan harta dunia, time mati nanti baru kau tahu macamana..


Dia ingat semudah ABC eh "Tuhan" nak ampunkan dosa dia kalau hati dia kotor dengan kebencian. Tak akan aku anggap dia holy pun, sebab orang yang baik sentiasa jaga perlakuan, tutur kata, tidak merampas kebahagiaan orang lain, dan sentiasa memaafkan yang tak perlu tunggu orang minta maaf dengan dia. Yang suka bawa cerita, tengok perangai dah tahu, geli!

Habis study or mulakan hidup baru ni, plan nak pergi jauh-jauh kerja. Haha. Nak elak dari sumber negative katakan.

P/s sebelum cari penyelamat, baik kau pergi selamatkan diri dan hati kotor kau dulu. Asyik nak harapkan benda lain nak tolong, mana usaha kau kalau kau betul-betul sayangkan "Tuhan"?


No comments: