Sunday, May 31, 2015

Perempuan bertudung


Entry yang lepas-lepas, aku bercerita pasal orang berpakaian bertutup tapi perangai dan mulut macam celaka. Kali ni aku nak cerita pasal kebaikkan perempuan bertudung. Bukan nak bagi orang lain salah sangka, aku sebenarnya tidak anti dengan orang yang menutup aurat atau berpakaian sopan. Aku anti dengan orang yang berperangai dan mulut tak elok yang tak sesuai langsung dengan penampilan mereka.

Sebelum ni, pengalaman aku pernah berjumpa dengan beberapa orang yang berpakaian tertutup (salah seorang mereka baru nak bertudung) tiba-tiba datang memperli aku di dalam kelas. I was like, what the fuck! Seriously, aku tak ada kacau diorang pun. Kalau dapat di-rewind semula peristiwa tu, nak jer aku tunjukkan betapa puakanya mulut diorang. Salah seorang dari mereka, aku ada letak dalam salah satu entri aku ni.

Kebetulan pada waktu tu, kawan-kawan aku yang non-muslim sentiasa bersama aku, sokong aku dan berkata yang baik-baik dengan aku bila aku ditimpa musibah macam ni. Sehinggalah aku sambung belajar ke peringkat yang lagi tinggi, aku berdepan pula dengan situasi terbalik. Terutama sekali bila berjumpa kawan-kawan baru.

Situasi kali ni agak berlainan sikit sebab start boleh tengok true colour bangsa lain masing-masing. Bukan nak berkata jahat, malahan tak jahat pun. Aku open minded, aku terima pendapat semua orang terutama kawan-kawan baru non-muslim yang ada ketikanya kecewa dengan sikap sesetengah muslim dan dikongsikan bersama aku dan sometimes, adakalanya dari topik perangai muslim (mostly yang jadi ustaz dan ustazah express) berpindah topik ke agama Islam yang mana mereka rasakan ajaran Islam tidak relevan, kejam dan sebagainya.

Then, aku telah berjumpa juga dengan beberapa kawan muslim yang lain. Bayangkan, environment bersama mereka (muslim sekarang) dengan muslim yang kaki kondem peristiwa lalu sangat jauh berbeza. Diorang tahu aku "bukan jenis religious" sebab diorang belum kenal aku sepenuhnya, tapi diorang respect. Style diorang dakwah tersangat sopan sehingga tak pernah keluar satupun ayat yang kita rasa kita dinasihati atau diperli. Itulah yang sebetul-betulnya layak dipanggil religious. Berpakaian bertutup, perangai pun tertutup, sopan dan sangat sopanlah!

Kawan-kawan non-muslim pun okay apa sekarang. Masing-masing ada kebaikkan. Memang aku akui, sometimes bila diorang tak puas hati, diorang akan cakap benda-benda yang pedihkan hati tapi aku tahu diorang tak sengaja tidak seperti manusia haters yang aku sebutkan awal-awal tadi. Bila ditanya pada non-muslim apa yang mereka paling benci, adalah muslim yang bertopeng baik tapi rasis, busuk hati dan menindas orang lain. Tak pernah pula aku dengar diorang benci orang yang seperti aku. Kalau adapun berlaku, semuanya didahulukan dengan unsur sascartic seperti biasa oleh pembenci Islam tegar.

Jadi, siapa memalukan agama sendiri? Nak jadi baik, mulakan dari hati bukan dari pakaian atau penampilan tapi semua orang zaman sekarang nampaknya sudah membawa pandangan yang salah. That's why kita akan tengok banyak video dan gambar lucah yang bertudung tapi telanjang dibawah. Baru sebentar tadi orang share video dengan aku pasal budak bertudung ramai-ramai menari sambil tunjuk jari tengah. Sedih macamana kalau ada orang yang ikhlas niat bertudung untuk "Tuhan" tapi orang lain merosakkannya pandangan itu dan seterusnya orang yang bukan Islam geli dan cakap Islam macam ni rupanya, seperti mana hal rasis pernah berlaku di sebuah kapal terbang luar negara yang menganggap perempuan bertudung adalah terrorist.


Memang tudung tak ada kaitan dengan perangai seseorang tapi sejauh mana nak ubah mentaliti manusia sekarang? Itulah kita, buat apa yang disuruh bila terpaksa, kita tak kisah dalam hati dan perangai macamana. Sebab mereka bukan kejar "Tuhan". Mereka kejar syurga dan mereka takut masuk neraka. Bila start sebut "buat sesuatu kerana inginkan habuan" aku rasa sangat menjijikkan. Macam tu kah cinta manusia?

p/s Marilah kita sama-sama pergi cuci hati yang kotor terlebih dahulu, buangkan charge negative dalam diri tu supaya lebih disukai oleh semua orang dan buang perasaan benci dan dengki. Sedih setiap hari tengok komen dilaman sosial macam celaka. Jujur aku cakap, apa yang ditulis itu lebih benar datang dari hati dari apa yang keluar depan-depan dari mulut.


No comments: