Monday, May 18, 2015

Perempuan murahan


Sangat ramai yang suka mendefinisikan "perempuan murahan" dari segi cara pemakaian mereka serta menampilan mereka. Namun hanya sedikit yang mahu ambil peduli dengan attitude serta personaliti seseorang. Bagi mereka, penampilan melambangkan diri seseorang. Khasnya untuk typical Malaysian. Cara pemikiran mereka yang agak sempit menjadikan pendapat mereka langsung tidak munasabah.

Movie kesukaan. Gambar hiasan jer~

Apakah yang dimaksudkan sebenar dengan perempuan murahan?

Kalau kata-katanya kotor, suka melenting, menyumpah seranah, mengumpat dan menyebarkan fitnah lagilah buruk dari segala perempuan. Begitu juga yang merasakan dirinya sombong dan riak bila menganggap dirinya alim atau holy dan sentiasa memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya.

Bagaimana pula dengan pemalas? Buat apa yang wajib namun bila disebut pasal memasak, tolong mak ayah, kemas rumah, buat assignment, pergi ke kelas, suka melencong bila bekerja, curi tulang, semua orang buat tak tahu. Bagaimana dengan cara pergaulan? Penampilan nampak innocent tapi boyfriend dan beberapa kali bertukar tidak kiralah yang belum pernah bersentuhan, atau sudah tidur sama dan sebagainya.

Cuba tengok cara mereka (perempuan) bersosial dengan orang lain. Adakah mereka sopan atau kurang ajar atau cuma berlagak hipokrit (baik di depan, jahat di belakang). Adakah mereka hormat sesama manusia tidak kira baik atau buruk. Adakah mereka hanya melakukan kebaikkan bila berada di luar yang orang lain boleh tengok?

Bagaimana dengan cara pemikiran mereka? Adakah masih cetek atau jenis yang berfikir masak-masak. Adakah mereka materialistik? cuma meminati barang-barang berjenama yang mahal, handphone, bag, laptop dan sebagainya. Adakah mereka jenis yang demand?

Rasanya semua perkara diatas, orang jarang nak pandang terutamanya jenis yang suka letak level pada seseorang. Berbalik pada topik asal, kalau menghakimi seseorang sama ada pemakaiannya bertutup semua atau tidak? Apa beza dengan orang yang suka menghakimi seseorang melalui kecantikkan muka dan tubuh badan yang menarik? Persamaan cuma satu, kita pentingkan rupa dan penampilan seseorang lebih dari hati dan attitude perempuan tu sendiri.

Bagi perempuan lain yang suka melabelkan species dia yang lain "murahan", are you good enough? Of course not. Lepas tu bagi alasan itu dan ini. Whatever. Bagi yang lelaki pula, aku pernah dengar orang cakap "orang yang kita tak suka itulah, orang yang kita akan kahwin". Well, who knows.. Dah kena baru tahu. Padan muka. Kahkah

Daripada dapat lelaki macam tu, aku rela tak kahwin. Kumpul duit untuk dibagi dengan yang lebih memerlukan lebih baik dari dibazirkan dengan orang yang berpura-pura jadi baik. Yuck!


No comments: