Friday, June 5, 2015

Dilemma isteri atau emak?


Tajuk diatas merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam sebuah kekeluargaan. Family mana yang tak ada masalah, kemana-mana tempat pastinya ada saudara mara yang sampai bila-bila tak akan sukakan kita. Cuma kali ni, aku lebih suka sentuh bab isteri dan ibu sebab ianya melibatkan hanya seorang lelaki tapi memegang dua title, iaitu anak lelaki dan juga suami.

Seringkali masyarakat selalu menyalahkan menantu jahatlah, mak mertua macam celakalah tapi jarang sebut tanggungjawab suami, yang merupakan punca sebenar masalah tersebut. Hubungan kekeluargaan antara menantu dan ibu mertua adalah dihubungkan oleh suami namun suami seringkali lepas tangan dengan beralasan sibuk bekerja dan sebagainya. Apatah lagi bila tinggal bersama dalam satu keluarga besar.

Bila masalah sebegini berlaku, lelaki atau suami perlu memainkan peranan mereka dan bukannya memburukkan lagi keadaan. Seperti yang orang kuat agama ni menyebut "Ibu lebih penting dari isteri, suami lebih penting dari keluarga sendiri". Bila disebut sedemikian, lelaki/suami automatik kena buat pilihan antara ibunya atau isteri. Well, itu satu tindakan yang bodoh kalau dah main pilih-pilih orang macam pilih sayur di market basah. Suami lebih tahu isteri, anak lelaki lebih tahu ibunya, kenapa berkeras berkahwin kalau ibu tak suka? Kenapa tinggal bersama dalam keluarga besar kalau ibu dan isteri tak serasi? Semudah itu nak end up relationship kalau berlaku masalah?

Sebagai lelaki, kita perlu agak apa yang akan berlaku. Jangan pula kerana ibu, kita bercerai. jangan kerana isteri, kita putus hubungan silaturahim dengan ibu. Apa-apa keputusan sebelum masalah ini terjadi adalah dibawah tanggungjawab seorang lelaki/suami. Bayangkan kalau kita memilih isteri kita dari ibu, sedangkan ibu melahirkan kita, membesar dan memberi kasih sayang pada kita. bayangkan pula kalau kita terpaksa memilih ibu, sampai hatikah kita dengan isteri yang sanggup susah dengan kita, sanggup menjadi pemuas nafsu di bilik tidur, sanggup hamil dan lahirkan anak untuk suami.

Masing-masing ada pengorbanan untuk insan bernama lelaki/suami, kenapa lelaki perlu memilih juga? Memang betul kadang-kadang yang mendesak itu isteri atau ibu, tapi kita sendiri sedia maklum, perempuan ni fikiran dia singkat apatah lagi kalau dia terdesak. Sebagai lelaki, fikir-fikirkanlah penyelesaian yang baik instead of menjadi terdesak macam isteri dan ibu sendiri.

Google image

Memang ada isteri yang macam hantu, perangai buruk yang benci dengan mak mertua. Begitu juga yang ada mak macam syaitan suka buli menantu. Agak mustahil kalau suami tak tahu perangai isteri dan ibu dia sendiri kan? Sepatutnya, si lelaki sudah tahu apa akibat dari situasi itu dan SEPATUTNYA juga sudah sediakan jalan penyelesaian atau apa-apa sahaja perjanjian. Memang ibu patut diutamakan, tapi jangan berlebihan, jangan pula seorang-seorang. Bawalah isteri sekali dalam situasi bersama ibu supaya tidak juga rasa disisihkan. Sebagai lelaki yang ada "balls", janganlah duduk bawah ketiak mak lagi, ikut kata 24 jam macam robot (maksudnya, mak suruh pukul isteri, dia pun pergi pukul dan sebagainya). Sebab itu kita dibagi akal, bukan untuk menderhaka tapi untuk jadi bijak. Jangan pula ikut telunjuk isteri sampai benda tak logik jadi logik. Act like a man, tapi gentle. Dalam hal ni, yang pegang keputusan adalah lelaki/suami walaupun ibu diutamakan. Seeloknya, dalam keutamaan, adil itu juga penting supaya tidak ada yang mengungkit.

Lelaki yang pandai kawal keadaan, sentiasa jadi pujaan wanita. Kalau bertindak seperti mana yang sebetulnya atau lelaki/suami jenis yang berterus terang (mostly lelaki ni suka simpan rahsia), mak akan respect dengan pilihan kita. Isteri akan taat pada kita bahkan bukan pada suami sahaja, pada ibu mertuanya juga. Sebab, pemikiran perempuan ni bukannya macam puzzle, semua benda mereka main agak, at the end of the story jadi salah sangka. Jangan saja jadi macam drama Indonesia atau drama Melayu yang tak habis-habis konflik.

p/s Nampak macam berkata kasar, tapi sebenarnya berlawak lucah. Entah jadi atau tidak.


No comments: