Tuesday, June 9, 2015

Kerenah orang yang degil


Tak ada manusia yang tidak degil. Memang, semuanya degil batu dan ego tapi tak semuanya terlampau degil. Ada degilnya masih boleh mendengar kata, ada juga degilnya yang buta hati dan mata. Sikap degil normal sebenarnya, sebab hanya orang yang ada keyakinan diri saja yang ada sikap degil which is mean dia tahu mana yang dia rasa betul untuk dia walaupun berkali-kali orang dah mention supaya "jangan, jangan dan jangan" or tidak mahu mendengar apa-apa pendapat.


Sikap degil ni didorong oleh perasaan ego. So, yang kaki-kaki suka bagi nasihat ni kalau tak pandai handle ego orang boleh naya dibuatnya. Sebab kita tak tahu tinggi mana level kedegilan seseorang dan bagaimana mereka respon, kadang-kadang kita main lantak jer nak bash orang kononnya nak ubah sikap dia. Tahukah kita, berapa ramai yang nak berubah hanya melalui nasihat dan sindiran? Boleh dikira, itupun dengan penekanan dari masyarakat sekeliling sekiranya mereka adalah orang terkenal.

Mostly yang betul-betul ingin berubah, adalah disebabkan pengalaman mereka tapi sikap degil masih tidak akan pudar. Bila kita salah handle ego seseorang, kita jadikan mereka lebih teruk dari mereka yang sebelum ini. Lepas tu, mulalah kita nak lepas tangan, ambil jari telunjuk dan tunjuk siapa-siapa yang boleh disalahkan walhal kitalah penyebab sebenar mereka lebih liar.

Kerenah orang degil ni, cuma orang yang betul-betul kenali mereka saja yang mampu handle ego mereka sebab mereka lebih tahu kesan dan akibat sebenar. Anak-anak yang degil, masih boleh dibentuk. Lainlah kalau dah start remaja, makin tua makin keras kepala. Siapa-siapa yang tak tahu bermain psikologi, hati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata. Konon nak bagi sentap, makan dalam, makan dalam jugak. Jangan sampai makan diri sudah.

p/s Memang seronok bash orang di alam siber ni. Tapi ingat, sekarang ni, buat akaun pun pakai nombor telefon untuk verify, ada ip address (which mean boleh terus detect lokasi walaupun ip address boleh bertukar-tukar), dan sebagainya. Itupun, bukan saja-saja orang "YAHUDI" (untuk siapa-siapa yang sikit-sikit "agenda") nak buat.


No comments: