Wednesday, June 3, 2015

Perasaan orang yang allergik pada daging


Hi. Rasanya, di Sarawak mungkin masih ada orang yang ber-mood gawai almaklumlah hari ni hari Gawai yang ketiga. Start musim perayaan memang pelbagai jenis makanan yang disajikan disetiap rumah. Bila berjalan dengan kawan-kawan, memang sentiasa ada diantara mereka yang rambang mata. Mungkin kali ni aku boleh dikecualikan sebab aku allergik pada daging especially daging haiwan empat kaki macam lembu, kambing dan rusa and of course walaupun ianya halal.


Mungkin ada sesetengah mereka yang normal menganggap orang macam aku ni susah nak "bagi hidup" sebab memilih dalam bab makanan. Well, bukan aku minta semua ni terjadi. Namun begitu, aku bukanlah jenis yang memberontak atau tetap nak makan walaupun allergik. Aku rasa bersyukur sebab tak makan haiwan yang comel-comel, dan mungkin hikmahnya lebih bagus dari apa yang aku fikirkan sekarang ni.

Cuma, time ni aku cuba nak kurangkan makan daging ayam, telur dan seafood which is my favourite sangat especially udang galah. Bagi aku, jadi vegeterian seems not bad kalau dah alang-alang aku tak boleh makan daging haiwan. Walaupun mengambil masa yang agak lama, aku tak kisah pun asalkan dapat kurangkan makan daging dan mula ambil kekacang sebagai protein dan supplement omega3.

Aku juga jenis Lactose Intolerance iaitu manusia yang tak boleh mengambil susu haiwan macam susu lembu sebagai minuman dan makanan. Sekirannya aku ambil juga, aku akan muntah kalau makanan atau minuman tu berbau susu atau sakit perut kalau makanan tu tidak mengeluarkan bau. So far, aku masih boleh survive dengan makanan Malaysia yang banyak campur susu khususnya susu pekat, krim dan cair dalam tin, cuma lepas tu aku akan sakit perut yang tak terkira.

Kawan-kawan yang mengenali aku mungkin sebahagian mereka rasa pelik, sebab ada masanya walaupun aku Lactose Intolerance tapi masih dapat makan something yang bersusu. Jangan salah faham, sebab aku akan menderita selepas makan dan ramai kawan tak tahu pasal tu sebab aku tak nak diorang kecil hati incase kalau aku terpaksa juga makan sebagai contoh ABC, Kek Birthday atau memang dah jadi favourite.

Aku juga bukan jenis yang makan ikan air tawar sebab aku cepat rasa loya kalau ikan tu berbau tanah sama juga seperti bau sayur Petola. Alangkah memilihnya aku dalam bab makanan kan? Sebab tu aku nak cari suami yang tak memilih makan, sebab mana tahu dia boleh makan benda yang aku tak dapat makan atau suami tak kisah makan apa yang aku makan.

Kesimpulannya, perasaan aku sebagai orang yang tak dapat makan banyak benda ni ialah aku redha dengan rela hati. Aku macam suka bila jadi macam ni sebab aku boleh berjimat dari segi kewangan cuma perasaan sakit dan gatal pada kulit adalah sesuatu yang ngeri bagi aku. Tiada penyesalan yang timbul, bila tak dapat makan daging aku relax jer dan keinginan nak makan tu pun dah terpadam buat selama-lamanya.


No comments: