Monday, June 15, 2015

Rambut panjang lurus dengan bangs stail


Agak lama juga aku simpan rambut depan sebab nak tengok sama ada sesuai ataupun tidak dengan muka aku yang bulat. So, baru aku sedar baru-baru ni rambut tanpa bang boleh menampakkan lagi bulat di muka. Bang ni adalah panggilan untuk rambut depan.


Perempuan zaman sekarang kebanyakkannya dah tak main sangat dengan potongan rambut depan. Diorang lebih suka biarkan panjang sama macam kepanjangan rambut di belakang. Tidak juga lupa buat heavy curl supaya lebih nampak matang macam supermodel selalu bergambar di magazine.


Tidak dinafikan, fesyen macam tu selalunya nampak lebih match dengan kebanyakkan perempuan. Namun tidak bagi aku. So, sekarang aku dah potong rambut depan dan buat macam ala-ala anime walaupun tak comel.


Yang tak bestnya rambut yang rata didepan ialah sentiasa kena atur supaya tak lintang pukang. Ditambahkan lagi, aku jenis yang suka layerkan rambut sebab terlalu tebal. Dari dulu sampai sekarang, aku pun tak tahu kenapa tak boleh lari dari stail rambut yang macam ni~

1 comment:

Anonymous said...

Gaya rambut rata di depan buat awak lagi menyerlah.! Woww beautiful