Thursday, June 4, 2015

Syndrome nak jadi famous di alam siber


Zaman sudah semakin maju. Kalau dulu first handphone aku dapat time aku umur 16 tahun iaitu handphone jenis flip brand LG, sekarang ni budak-budak standard dah ada iPhone, paling cikai pun brand-brand yang bagus tapi murah janji skrin besar. Orang dulu kalau nak online laman sosial macam Myspace, Tagged, YM semuanya pakai laptop. Tapi sekarang tak ada dah yang pakai laptop melainkan tujuan nak buat kerja.

Start dari situlah ramai budak-budak remaja lalai dengan media sosial lebih-lebih lagi dengan teknologi yang mudah dibawa kemana saja. Paling-paling pun akaun Facebook ada berapa biji tidak terkecuali aku suatu ketika dahulu, cuma sekarang aku fokus dengan yang aku aktif jer. Semuanya terjadi disebabkan nak jadi popular dan famous, so mulalah ada yang suka add kawan ramai-ramai, tak pun sibuk promote ID wechat tapi bila di-chat, haram jadah nak reply. Paling teruk ada yang suka kumpul follower dengan cara dia follow orang tu, then unfollow balik. Apa kejadahnya nak follower banyak tapi yang followingnya ciput melainkan kalau pemegang akaun tu dah tak aktif.

Itulah manusia sekarang, biar ramai kawan di laman sosial. Tak kisah realiti hidup dia macamana. Kalau gambar yang di-post tu cantik, atau apa yang ditaip tu menarik tak apalah juga kan. Ni tak, setakat tulis satu perkataan, sampai beratus-ratus orang yang like. Pernah ada seorang yang aku kenal sanggup pakai autolike dekat Facebook dan akibatnya, akaun dia akan autolike page-page tak senonoh macam porn page, dan sebagainya lah. Semua tu gara-gara nak famous, janji photo dia kena lebih 200 likes.

Aku juga kenal orang yang tersangatlah cantik tapi photo dia cuma 20 lebih likes, dan jenis tak aktif online. Kadang-kadang orang sekarang suka berpendapat kalau dia banyak follower, banyak kawan, banyak likes, maksudnya orang tu sangat cantik dan attractive. Tapi, tengoklah, bila dah rasa diri popular, kita tak rasa nak replypun komen-komen dan pujian orang lain yang diberikan kepada kita. Ibarat, nak sesuatu dari orang tapi tak reti nak membalas.

Kalau betul-betul mahu manfaatkan laman sosial, tak perlu sampai promote dan kecoh kesana dan kesini diri kita pada orang lain. Cukup tinggalkan pesanan di ruang information atau cuma beri pada orang yang betul-betul mahu mengenali kita. Nak betul-betul famous, kena ada talent macam nyanyian, main musik, penulisan, photography dan sebagainya. Kalau setakat cantik biasa-biasa, post gambar pun masih pakai application handphone jer payahlah kan.


p/s Remaja zaman sekarang lebih agungkan artis dari cikgu sendiri sedangkan bila cikgu ditanya, cikgu membalas dengan baik. Cuba pergi komen dan tegur artis dekat akaun sosial dia, sampai matipun haram nak reply.


No comments: