Wednesday, July 15, 2015

Jadi baik cuma sampai ke niat sahaja


Pernah tak kau berniat dalam hati nak jadi baik tapi bila ada mulut-mulut manusia mengkritik dan mencaci, kau terus batalkan niat kau tu. Sebenarnya, kau tak kisah pun nak berubah jadi baik, tapi disebabkan orang yang kau benci dah ada ciri-ciri yang kau nak berubah, kau hentikan semua niat kau.

Pedulikan apa orang kata, mulut busuk, hati apatah lagi~

Siapa nak jadi orang yang mempunyai ciri-ciri yang kita sendiri bencikan tak kiralah penampilan fizikal dan perangai. Sebab satu jer, kau takut suatu hari nanti bila kau dah berubah, kau jadi macam mereka dan hina orang yang kau pernah jadi suatu ketika dahulu.

Jadi, lebih baik tak perlu berubah dan jadi diri sendiri.




No comments: