Tuesday, July 14, 2015

Mind set perkauman


Baru-baru ni dah bising pasal kes dekat Low Yat. Kalau duduk dekat Sarawak, rasanya tak ambil pusing sangat sebab tak semestinya dekat Low Yat ada jual handphone fake, dekat mana-mana kedai pun boleh. Manusia pun selalunya boleh jadi fake. Berlainan dengan kaki-kaki extremist pada bangsa dan agama mereka, dah jadi pula sampai isu perkauman padahal ia cuma pasal pembeli dan penjual dan juga pencuri dan penipu. Apa pula sampai Cina penipu dengan Melayu mencuri?? Yang tak ada ditempat kejadian (i mean bangsa selain Melayu dan Cina) yang sibuk pula tambah "kari" hina Melayu apa kes? Siap post pergi page-page group, tu bukan sikap extremist juga ker?

Semua kaum sama jer asal nama manusia, yang buruk ditengok, yang jahat dicari, yang baik? Butakan mata, pekakkan telinga. Rasanya cuma extremist jer yang berbalas dengan extremist. Kalau bukan guna parang, guna mulut, guna media sosial pun boleh. Boleh blah.

Aku sekarang malas nak ambil peduli dengan benda-benda mengarut, imaginasi terlampau ni. Lepas ni masuk pula hal politik dikatakan penyebab perbalahan kaum. Mana tak nya, rakyat dah tak tahu berfikir hal-hal sivik dan moral. Belajar sampai dekan macam Ahmad Maslan tapi bila hati dan hidup diuji, nilai murni tiba-tiba boleh hilang.

Kan lebih elok bercakap hal-hal positif, bila kawan-kawan komplen pasal isu-isu semasa, cakap jer tak tahu untuk elakkan memfitnah sebarangan sebab kita sendiri pun tak tahu cerita sebenar. Manusia ni cakap jer nak dengar hal-hal kebenaran (ugly truth kononnya) tapi sebenarnya suka dengar benda yang diorang nak dengar jer. Pendapat macam ni bukan aku seorang pun cakap. Ramai dah bagi macam-macam pandangan, tapi percayalah, mind set ditambah dengan ego ibarat nak pecah berlian dengan batu.

Aku pun hairan, kasihan dengan sesetengah manusia ni, adakah sampai ke mati hati mereka tidak akan aman dengan berburuk sangka dan menyebarkan kebencian. Such pathetic!

 Mari keluar rumah hilangkan charge-charge negative dalam rumah serta orang yang fake di sosial media


Suka ke sini beli game offline

p/s Ramai cakap blog-blog bukan boleh percaya pun. Memang betul, blog cuma sebagai medium untuk menyampaikan pendapat, bukan menerangkan fakta. Bila pandangan seseorang blogger disampaikan, dia minta pembaca berfikir dan bukan percaya 100% bulat-bulat.


No comments: