Sunday, July 5, 2015

Peduli atau tidak peduli?


Salah satu cara orang zaman sekarang buat untuk happy-kan hidup mereka adalah dengan tidak mengambil peduli hal-hal luar seperti kesusahan orang lain, hal politik, hal negara dan sebagainya. Namun keburukan nak jadi orang "positive" ni adalah sikap mereka yang pentingkan diri sendiri kerana slogan "i don't care" mereka.

Memang benar sekarang ni apa yang kita lihat tak semestinya kebenaran apatah lagi yang dilihat di media sosial. Kadang-kadang bila nak jadi caring, kita selalu ditipu oleh rencana kesusahan orang luar dan kebajikan orang politik. Sampailah kita rasa kita tertekan dengan suasana di sekeliling kita.

Tapi, bila kita ambil langkah tidak peduli, pasti akan ada orang yang betul-betul susah dan perlukan pertolongan serta perhatian kita. Kalau zaman dulu, nak jadi manusia just straight jer. Zaman sekarang, dah macam-macam agenda sampai yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik.

Aku rindu nak jumpa orang yang baik-baik, maksud aku, yang betul-betul baik sebab aku tahu yang kuat agama tak semestinya baik, belajar sampai pandai tak semestinya baik, berkerjaya tinggi dan banyak duit tak semestinya baik, dan orang yang dikatakan "baik" tak semestinya baik dengan kita. Aku lebih suka, biarlah sama-sama tak gembira tapi caring.


Apa guna happy go lucky kalau cuma dikongsikan sesama mereka sahaja.

Mungkin sikap tidak ambil peduli itu boleh, tapi biarlah dengan akal yang waras, bukan secara terburu-buru, bak kata "orang lain yang buat dajal dengan kita, orang pula yang kena dajal dari kita".


No comments: