Saturday, August 29, 2015

Pendapat aku sebagai pelajar degree dalam Sains


Tik tok tik tok masa berlalu, lama juga sejak dah habis belajar ni. Time masa mula-mula masuk ambil course degree dalam Biotechnology, aku ingatkan aku akan minat sebab masa diploma course yang aku ambil dulu seakan-akan sama dengan yang degree tapi sebenarnya tak sama langsung walaupun tajuk certain-certain subjek sebijik sebulat. Pernah juga terfikir nak tukar course atau berhenti tapi bila tengok muka bapak aku bangga anak dia masuk U ambil course ni, aku sanggup gadaikan masa untuk memaksa diri aku belajar benda yang aku tak minat.

Guess what? Akhirnya dapat juga aku habiskan belajar walaupun pernah ditegur oleh lecturer aku dulu "kamu explain lebih kepada diseases, bukan fokus kepada cell tissue" sebab aku masih terbawa-bawa apa yang aku telah belajar masa diploma dulu. Memang diakui, belajar pasal biotechnology ni kalau tak minat sangat susah nak faham dan mostly student hanya belajar untuk lulus. Ada juga kawan-kawan aku yang sama belajar masa diploma dulu terus "GAGAL BERHENTI" bila ambil course ni sedangkan pointer dia cantik masa diploma.

Belajar Biotechnology ni tak macam medical science. Namapun sudah Bio-technology-resource yang hanya fokus pada modification gene, characteristic gene, gene cloning, and so on lah yang berkaitan dengan gene dan technology baru tak macam medic yang fokus pada perubatan biasa, ubat, penyakit, fungsi dalam badan dan sebagainya.

Pernah tengok komen budak vokasional baru nak up cakap "belajar tinggi-tinggi tak semestinya pandai". Salah tu. Kalau tak dapat sampai ke menara gading, tak pandai namanya tu. Sepatutnya belajar tinggi-tinggi confirm memang pandai BELAJAR tapi tak semestinya bijak dan pandai benda-benda lain selain belajar. Cuba suruh belajar tinggi-tinggi, dapat habiskan atau tidak, baru boleh mengomen.

Macam yang kita tahu, everyone best in something but no one best in everything. Cuba rasa macamana hidup orang lain sebelum kritik dan yang dah belajar tinggi-tinggi tu jangan pulak sombong entah apa-apa. I know some people tak percaya pada berkat belajar dan hanya gunakan ilmu untuk mencari harta dan kemewahan.


Tapi bagi aku, mak bapak penting dulu dan aku belajar pun sebab mereka dan juga adalah tujuan lain yang malas aku nak kongsikan.

Sekian.


No comments: