Tuesday, October 6, 2015

Bercinta kerana rupa


Bulan ni blog aku belum lagi ber-update. Sejak dah habis study ni, aku ada malas sikit nak online pakai laptop, maklumlah laptop hanya perlu untuk main game dan buat assignment. Setakat ni aku belum ada benda menarik nak dikongsikan, i mean kehidupan personal aku berjalan dengan lancar sahaja.


Kalau dulu punyalah stress dengan masalah peribadi ditambah lagi study yang berjalan ibarat roda, sekarang keep calm saja. Masalah perhubungan dengan boyfriend? Nay, biasa-biasa jer kot. Ada jodoh kahwin. Tak ada jodoh, nak kahwin dengan lelaki lagi handsomelah! Auw...

Standardlah kan. Sekarang ni requirement nak jadi soulmate, walaupun sekeras mana nakkan yang komitmen tinggi, pandai, soleh dan solehan dan sebagainya. Kita akan tengok rupa juga at the end. Contohnya,

a) Perempuan pandai dan cantik
b) Perempuan pandai dan kurang cantik

Just admit, kita sangat suka pada kecantikkan sebenarnya. Tapi jangan jadikan itu sebagai kesalahan. Tak salah pilih yang cantik jadikan pasangan, yang salah bila kita mencerca yang tak cantik.

Okaylah, Bye.


No comments: