Thursday, October 22, 2015

Isu murtad, keluar agama dan tukar agama di Malaysia


Isu-isu diatas boleh dianggap sebagai sensitif untuk kita bincangkan tapi aku degil dan nak bincangkan jugak. Berapa ramai yang tahu saudara seimanmereka itu pindah dan tukar agama? Mungkin ramai bagi yang bukan beragama Islam khususnya sebab murtad ke agama selain dari Islam adalah dilarang di Malaysia.

Semua non-muslim Malaysia menganggap ianya perjanjian yang tidak adil and i have to admit yes, it is not fair bila dikatakan yang non-muslim boleh convert ke Islam dan yang Islam tidak boleh convert ke agama lain.

Bagi muslim Malaysia pula, tindakan keluar dari agama Islam dilarang disebabkan pernah terjadi kisah selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat dan ramai masa tu keluar dari Islam sebab mereka sangka Nabi dulu seorang yang immortal (aku dapat tahu masa kelas agama sekolah dulu). Jadi untuk memulihkan kembali iman kepada Islam, mereka telah di-slowtalk bagitahu apa sebenarnya agama Islam kalau tak silap dan kalau berdegil akan dihukum bunuh. Sila klik sini untuk keterangan lanjut atau cari mana-mana sumber yang sah.


Hukum bunuh? Kejam? Yes! Kalau kes yang sejak lahir sudah Islam bagi aku, situasi itu lain kerana tidak dibagi peluang untuk membuat pilihan melainkan ibu bapa berkeras habis didik anak dalam ilmu agama.

Non-muslim anggap ia tidak adil kerana agama mereka tidak ada mengatakan segala hukum bagi golongan orang yang berpaling dari agama mereka sedangkan yang Islam ada hukum tersendiri cuma standard semua agama ada menghukum "neraka bagi yang bertukar iman". Itu menyebabkan mereka berfikir Islam di Malaysia cuma nak tambah kuantiti saja, manakala kualitinya lingkup.

Kalau yang non muslim bertukar muslim banyak disebabkan oleh perkahwinan campur manakala yang muslim bertukar non muslim banyak disebabkan cerai bagi yang mualaf dan tidak lagi percaya pada agama Islam. Jangan ingat tak ada muslim yang bertukar agama. Salah satu sebabnya, mualaf terbiar tanpa bimbingan setelah isterinya curang dan kahwin dengan lelaki lain.

Kau pernah rasa banyak persoalan timbul pasal agama? Ada orang cuma tahu ikut saja, ada yang fikir dulu, why? What? Where? How? And so on. Lain orang lain cara mereka. Bukan untuk menafikan atau mempertikai, tapi untuk mencari jawapan walaupun sesetengah mereka beranggapan ianya susah nak diterangkan dan at the end "semuanya disebabkan kuasa Tuhan" typical answer.

Tapi lagilah teruk kalau dia masih dalam agamanya tapi telah murtad dalam hati yang tak ada siapa-siapa pun tahu. Tak kisah mana-mana agama pun. Nak perbanyakkan penganut pun kalau ramai yang Atheist, tak ada point juga.

Nanti dikatakan kita memandai-mandai. Berlainan dengan non-muslim. Mereka di Malaysia banyak yang mengalah. Ada juga yang sedaya upaya pertahankan iman anak-anak mereka (bagi mereka, agama Islam cuma banyak bagi pengaruh tak baik dari apa yang mereka lihat pada kebanyakkan umat Islam-sebagai contoh makan pun nak asing-asing dari mak bapak sendiri kalau dah convert, pergi pukul dan halau anjing peliharaan mak bapak atau haram jadah nak balik kampung mak bapak bukan Islam). Tapi ada juga sebahagian umat Islam yang masih makan bersama-sama dan selalu balik ke kampung keluarga bukan Islam mereka. Cuba terbalikkan situasi bagi yang radikal muslim, kau sebagai mak bapak tak sedih anak kau buat kau macam jijik walhal dulu siap berkongsi satu pinggan makan? Sebab yang muslim tak pernah rasa apa yang mak bapak non muslim rasa dan sesedap tu nak bagitahu "kena faham suci dan tak suci sesuatu bekas atau tempat even tempat solat" tanpa fikir perasaan orang. Mungkin depan-depan nampak ok tapi belakang sedih Tuhan saja yang tahu. Aku pernah dengar kawan non muslim cerita ada mak bapak orang ni sampai nangis anak dia buat macam tu. Sekarang baru kau tahu kenapa non muslim takut sangat bila anak mereka kahwin dengan yang muslim sampai ada yang sanggup ugut bunuh diri.

Sebelum kita salahkan mereka sebab tidak patuh kepada agama, semak balik apa yang Muslim buat sampai mereka jadi macam tu. Kau rasa kalau orang dah murtad, dia nak percaya lagi hukum-hakam dalam agama. Even kau cakap dosa besar, ugut bunuh dan sebagainya, kau hanya buat dia makin jauh. Bila dah tak sama iman, kau cuma dapat terima dan jaga sikap kau terhadap dia. Bila kau declare dia patut dihukum bunuh dan dia sanggup dibunuh, itu dah jadi satu kesilapan besar dalam satu komuniti.

Penerangan isu-isu keluar agama dalam agama lain selain Islam tidak diterangkan secara mendalam sebab aku tak nak menyampaikan maklumat yang salah. Perkara-perkara di atas juga sebahagian besar adalah pendapat dari aku dan bukannya fakta kecuali link yang telah aku sediakan jadi jangan minta aku sertakan mana-mana rujukan ker, hadis dan sebagainya.

By the way, situasi seperti perkahwinan campur bangsa (bukan agama) sinonim dengan diri aku sebab mak ayah aku kahwin campur.

p/s Mungkin ramai yang terasa tapi fikirlah rasional ya. Aku terus terang tak berniat melukakan sesiapa dan aku juga berfikir kalau seseorang Islam itu tukar agama adalah salah disisi undang-undang tapi yang bukan Islam jadi Islam pula dialu-alukan sama sekali tidak adil dan relevan. Semua itu bergantung pada Iman dan kita hanya mampu harapkan yang terbaik. Pihak media pun satu, sibuk pula bising nak heboh orang tukar agama tak kiralah diluar atau didalam Malaysia. Kalau orang tukar agama dari A ke B bukan bermaksud agama B adalah ajaran yang sebenar jadi nak kecoh buat apa. Suppose to be hormat orang disekeliling yang saudara seiman mereka sudah terkurang disebabkan kita asyik membezakan orang dengan agama sampai sayang pun saudara seagama saja dan bukan sayang seluruh umat manusia.

Betapa agama membezakan kita semua and yet, kita masih proceed dengan iman masing-masing. Agama memang ajar benda baik tapi kesannya boleh ditengok, sangat tak baik disebabkan masing-masing claim agama mereka yang benar. Mustahil kalau kekalkan satu agama untuk satu dunia melainkan ada magik. Manusiakan sukakan magik, makin pelik sesuatu perkara, makin keras nak percaya( Maksud aku magik tu macam tunggu malaikat turun dari langit). Aku tak marah perempuan pakai tudung, atau orang menyebut hallelujah atau makan babi depan-depan atau lelaki melaungkan azan dengan nyaring. Aku cuma marah bila dianiaya hanya disebabkan aku tak sependapat dengan mereka.

Aku pernah berada di dua tempat yang berbeza dimana pernah dihina sebab mereka ingat aku "tak religious" oleh Muslim dan aku pernah diperli oleh non muslim sebab perbuatan muslim lain yang tak ada kaitan dengan aku. You know how it feels? Its hurt. Dan aku rasa selesa sampai sekarang bila aku sudah berada ditengah-tengah.


No comments: