Wednesday, October 28, 2015

"Jangan" di alam siber


Rasanya ramai juga kawan-kawan report dan mengadu macam-macam masalah berkaitan dengan internet dan laman sosial seperti keyboard warriors, news palsu, virus hackers, fakers dan sebagainya. Aku sebenarnya malas nak ambil peduli sebab nak mencegah benda macam tu bukan sekelip mata.

Disini aku sertakan tips mudah bila kita menggunakan internet untuk bersosial:

1. Jangan mudah percaya 100% apa yang di-share atau dibagitahu walaupun nampak macam laman web rasmi atau dari news-news popular. Zaman sekarang nak edit benda tipu jadi betul sangat mudah.

2. Jangan mudah emosi dan sakit hati dengan apa yang di-post oleh orang lain di laman sosial. Kemungkinan mereka hanya mahukan likes dan perhatian dari kita. Jadi, tolong jangan viral-kan orang yang tak layak di-viralkan.

3. Banyakkan membaca dari ber-keyboard warrior. Percayalah ianya hanya membuang masa sebab kita tak akan dapat ubah mentaliti mereka jadi seperti apa yang kita mahu. Banyakkan membaca terutamanya komen-komen si keyboard warriors, kenapa? Sebab dari situ kita boleh tengok IQ mereka sampai level mana sambil gelak depan handphone.

4. Jangan terlalu busy body. Tengok boleh tapi jangan masuk campur hal orang lain.

5. Print screen sudah tidak relevan. Sebab aku pernah tengok orang post benda yang di-screen shot yang telah diubah isi-isi dalamnya. So, susah nak beza mana yang betul atau tidak.

6. Berhenti aibkan orang. Kita tak tahu bila kita akan terludah ke muka sendiri.

7. Jangan sukahati share-share auta walaupun nampak macam fakta ataupun saja-saja sebab kita suka isi kandungannya.

8. Jangan sukahati post gambar-gambar yang berbentuk seperti quote-quote yang kita rasa best. Banyak yang hanya ikut perasaan dan banyak yang tidak relevan dan nampak belum matang. Mahukah kita samakan philosophy zaman dulu yang cerdik pandai yang ada pelajaran dengan budak yang baru nak sekolah?

9. Jangan curang kalau sudah berpunya. Mostly datangnya dari laman sosial.

10. Manfaatkan internet dengan mencari ilmu dan bukannya bash orang dengan ilmu kita yang tak seberapa.

11. Jangan sesekali jatuh cinta dalam alam siber. Sebabnya kita tidak mengenali mereka secara berdepan. Tengok profile picture nampak cantik terus jadi pujaan, tapi mana tahu ianya fake. To be conclude jangan sesekali percaya manusia-manusia di alam siber. Sedangkan face to face boleh menipu apatah lagi orang yang kita tak tahu wajah dan rupa mereka yang sebenar.

p/s Aku ni nak kata aktif dekat internet tak juga. Kalau suatu ketika dahulu mungkin ya. Bagi yang agak-agak keliru mana satu akaun laman sosial aku, meh aku sertakan:



a) Facebook aku ada 4 akaun tidak termasuk fan page untuk blog (Ryan Valentine). Tapi sekarang aku aktif dengan dua akaun sahaja, yang dua lainnya memang tenggelam dalam laut. Sebab aku banyak akaun Facebook adalah aku masa muda-muda yang agak kebudak-budakkan dan suka-suka jer (sekarang baru rasa menyampah).

b) Twitter aku cuma ada satu akaun, samalah macam Instagram, Youtube, Google+, dan Wechat (Aliana_21).

c) Yang lain macam Line (aku dah buang) dan sebagainya aku tak ada sebab aku bukan kaki chatting.

Jadi, hati-hati ya.


No comments: