Tuesday, October 27, 2015

Permandangan pantai


Aku bukan jenis yang suka berjalan dalam hutan sebab takut haiwan dan serangga pelik-pelik. Begitu juga kalau melawat ke dalam gua. Carl memang berulang kali ajak ke gua which is gua-gua terletak di Bau tapi serius aku takut sebenarnya lebih-lebih lagi dengan spider.


Banyak-banyak tempat rekreasi, aku lebih prefer area pantai especially pantai yang bersih. Kalau dulu masa aku awal 20-an, aku suka travelling dalam area Sarawak tapi memang agak susah nak jumpa pantai sebab mostly bandar-bandar dalam Sarawak hanya dekat dengan sungai.

Kalau nak pergi pantai, sama ada kena jalan jauh atau kena melalui hutan atau sungai macam di Taman Negara Bako. Satu-satunya waterfront pantai dekat Sarawak adalah di Sematan yang pernah aku pergi.

Pantai Pasir Pandan Lundu

Berjalan di pantai memang seronok dan menenangkan jiwa tapi tak boleh pergi selalu sebab boleh gelap kulit. Aku kan jenis cepat sunburn. Nak putihkan kena ambil masa berbulan-bulan. Tapi nak kasi gelap, satu jam berjemur dah cukup menakutkan.


No comments: