Wednesday, November 11, 2015

Aku bukan gadis "fancy"


Memang lumrahnya perempuan sangat suka pada kecantikkan dan barang-barang perhiasan tapi tak semuanya bernasib baik. Semua tu, hot stuff dan maintenance untuk kecantikkan diri memang banyak perlukan duit.


Tidak terkecuali aku. Kalau bab kecantikkan dalaman, aku memang pentingkan. Tapi bila bab-bab barang kemas, baju cantik, kasut tinggi, makeup, dan sebagainya, aku kadang-kadang tak kisah. Kadang-kadang keluar rumah selamber badak tak pakai apa-apa dekat kulit muka kecuali sedikit toner, pelembap muka atau UV sunblock.

Kalau bab pakaian, akulah antara perempuan yang balik-balik pakai baju yang sama. Aku tak ada kasut-kasut yang fancy macam kawan-kawan dulu sampai setiap kasut dia sama warna baju dia (korang bayangkan kasut dia ada berapa..). Aku punya wallet macam orang dah tak berduit, murah dan tengak koyak rabak sekarang ni. Tak fancy juga.

Setakat ni, aku cuma ada apa yang aku perlukan saja dan bersyukur dengan natural beauty ada sedia ada. Janji jalani kehidupan sebagai perempuan yang pembersih dan kemas, bukan kemas pada badan saja tapi juga bilik dan tempat tinggal. 

P/s Tunggu dah kerja bagus-bagus nanti baru terfikir nak upgrade-kan diri. Itupun lepas mak dan ayah diutamakan.


No comments: