Thursday, November 19, 2015

Coretan sebagai alumni UNIMAS


First aku nak ucapkan selamat hari "convocation" untuk semua dari mana-mana universiti khususnya UNIMAS. Selamat menjadi alumni UNIMAS. Tidak terkecuali aku cuma bezanya aku tak datang meraikan hari konvo aku. Aku tak tahu berapa ramai lagi yang macam aku ni sampai staff dekat kaunter UNIMAS pun tanya kenapa tak datang konvo. Aku tak tahu macamana nak explain dengan mereka kot...

Memang aku ada hati nak pergi konvo. Pakai jubah dan topi segi empat, bergambar dengan mak dan ayah. Auw, dah imagine dah.. Indah sangat tapi tak apalah. Mimpi tu biarlah kekal sebagai mimpi.

Nak datang konvo ni bukan murah seringgit dua pun. Aku yang tak datang konvo kena bayar rm100, yang pergi konvo bayar dalam rm160. Walaupun ramai yang anggap setakat rm60 tu apalah sangat. Well, bagi aku itu dah cukup buat mak dan ayah aku terpaksa ikat perut seminggu. Belum lagi dengan kos tempat penginapan, makan minum, transport since family aku duduk jauh dari Kuching. Al maklumlah, yang bekerja cuma bapak aku seorang.

Pun boleh

Then, aku pula masih kehulu-kehilir cari kerja. FYI, aku tak cari yang setaraf degree pun sekarang cuma nak cari pengalaman dulu untuk level SPM. Nasib baik hari tu dah diterima bekerja cuma sekarang belum start kerja lagi. So, kena ikat perut sampai at the end of December ni.

Lagipun, memang aku dah plan awal-awal tak nak pergi konvo. Bukan sebab duit tapi sebab hubungan aku dengan certain-certain lecturer tak berapa baik. Some of them memang ada pandang rendah dengan aku, then mana tahu time konvo tu, deep in their heart bagitahu "ouh.. Tu rupanya mak dan bapak si polan ni". Aku tak nak mak dan ayah aku dipandang hina macam orang pandang aku. Just, cukuplah aku seorang yang kena, tebalkan muka hadapi kerenah orang.

Lumrah kita sebagai student, memang akan ada pengajar yang tak akan sukakan kita. Walaupun kita tak sengaja buat salah, kita minta maaf dan sebagainya. Kita berusaha separuh mati, tapi orang buat tak nampak. Bila timbul masalah, baru orang tengok kita. Dalam dugaan aku cuba menghabiskan belajar, terpaksa balik tengah malam, datang U dalam jam 4 pagi sebab ikut waktu driver bekerja, terlalu penat sampai tertidur dalam cais, tak makan sebab tak cukup duit sampai kena gastrik dan sebagainya. Mungkin sebab aku ni batch solo, dan lecturer pula fikir apa-apa hal pun boleh rujuk dengan kawan. Kalaulah nak berkawan tu semudah nak masak meggi kan bagus. Ni tidak, hantar text tanya pasal assignment dan sebagainya. Sampai mereput tak pernah reply.

Aku just student ditengah-tengah. Tak pandai pun. That's why memang akan ada orang yang berat sebelah. Tak kisahpun, perkara biasa lebih-lebih lagi kalau yang sama bangsa (yang ni sangat jarang berlaku). Tapi apa yang penting, mereka tak pernah rasa apa yang aku rasa, dengan peritnya, dengan sindiran, dengan minda mereka yang judgemental.

Sampaikan satu saat, aku hilang rasa nak belajar dalam sains ni dan bertekad nak kerja bahagian management jer. Orang sains yang rasa diri mereka pandai ni kalau tengok orang biasa-biasa macam kita ni, di muka mereka dah lama tertulis "you know nothing!" Betapa susahnya aku nak sesuaikan diri dari bidang medic yang dulunya ke bidang sains sumber.

Student lain berpusu-pusu nak kan A result, ada yang bersaing sesama kawan, ada yang nak impress lecturer (minta puji). Bila datang student lemah lain nak minta tolong ajar, diorang selamber badak cakap "i don't know" padahal diaorang dah khatam dah subject tu. Minta tolong lecturer tak semua ada masa terluang, ada yang kena marah balik pun ada. Tapi setakat yang aku pernah alami, lecturer yang lain semua baik-baik jer.

That's why aku prefer direct jumpa lecturer kecuali kalau lecturer tu memang aku tahu dia tak suka dengan aku pun. Ada lecturer, kalau baik, baik sangat macam malaikat. Aku harap aku boleh berjaya suatu hari nanti untuk balas jasa-jasa mereka.


No comments: