Tuesday, May 3, 2016

Rambut style BOB menjadi pilihan


Hi. Lama tak melawat ke sini. Al maklumlah, zaman sekarang bukanlah zaman kita berblog-blog, ber-entry-entry macam 6-7 tahun yang lepas. Zaman sekarang dah 89% bergantung dengan phone skrin besar aka Phablet. Pernah juga aku try tulis entry guna phone tapi seriuos tak best!

Sekarang nak tulis panjang-panjang, semua dah malas. Budak-budak sekarang pun sibuk dengan wechat. Aku sekarang jer yang aktif dengan IG, tak pun twitter. Wechat dan Facebook cuma mampu scroll ke bawah dan tengok video lawak-lawak.

Wokeh, lari pula dari topik. Macam yang kita tahu, aku dah bela rambut sampai panjang cecah paras punggung sejak 5-6 tahun yang lalu kalau tak silap. Tapi baru-baru ni aku tiba-tiba tukar selera nak berambut pendek. Alasannya, rambut rosak dan bercabang, kering dan buat aku nampak tua. Kalau dulu, aku memang selalu ambil supplement dan vitamin tapi susah nak nampak kesan dekat kulit atau kuku dan bulu mata sebab rambut dah guna untuk pertumbuhan. Rambut memang jadi lembut tapi tak selembut sutera pun.

Rambut aku sebenarnya lurus tapi lebih suka tengok dia beralun-alun

Lembut pun ala-ala kadar jer. tapi sejak rambut dah pendek ni, memang nampak juga lah perubahan. Nampak comel jer.. Haha! Cuma nak tunggu pipi dan muka jadi kurus ni susah sangat-sangat.


No comments: